Brunch Nasi Pakistan & Lamb Shank No 1 Batu Pahat di Kampung

Brunch Nasi Pakistan & Lamb Shank No 1 Batu Pahat di Kampung|| Selalu nya kalau balik kampung husbnd kat Batu Pahat jarang la aku nak singgah tempat viral Nasi Pakistan nie sebab aku selalu gerak balik kampung kol 10 pagi lepas sarapan baru gerak.. Kalau aku gerak lmbt confirm la ramai orang dh beratur kann.. Aku baca review orang lain ada yang cakap lamb shank kat situ boleh habis 1 periuk tak smpi 2 jam korang.. Nampak tak penangan Lamb shank nie memang berhantu..👻👻🤣🤣


Kali nie terasa la nak try jugak makan Nasi Pakistan No1 Batu Pahat yang sekarang asyik viral kat socmed yang org asyik cerita tu.. Aku dari malam tadi dah siap kemas² lugage & barang² yang nak dibawa balik kampung.. Almaklum la anak 4 semua barang aku kemas sndri termasuk la barang husbnd sekali kita pack..Bertapa struggle nya nak pack baju kan..Sesiapa yang suka travel aku memahi perasaan korang yang paling bercinta nak pack baju²..😊🤣 


Tepat jam 7.30 pagi aku dh gerak balik kampung.. Anak² aku kejut solat subuh & terus mandi.. Pagi² aku dah suruh anak² aku makan koko crunch dengan susu buat alas perut takut jalan jem kang ada yang mengamuk lapar nak makan..🤣🤣


Alhamdulillah akhirnya smpai jugak ke kedai yg dituju.. Aku sampai jam 9.30 pagi tengok meja jer dah penuh dah orang duduk..Barisan untuk oder nasib tak panjang sangat so husbnd aku pergi la beratur.. Husband aku decide kita semua oder bungkus jer..Makan kat kampung jer senang.. Sambil makan boleh santai²..


Husbnd aku beratur tak smpi setengah jam dah dapat makanan..Servis dia memang tip top laju jer..So tak de la aku tunggu lama dalam kereta dgn anak²..Husbnd aku tapau la menu² yang anak² suka macam lauk ayam & daging tu..Husband ada la tapau untuk mak ayah & adik² di kampung bagi dia orang rasa..Dia orang yang dekat pun tak pernah rasa lagi..😅😅

Kat bawah nie aku ada listkan hargaaa yang dikenakan untuk setiap set Nasi Pakistan berserta lauk & salad..

Nasi siakap Lamb shanks rm.50 (4 pax)
Nasi pakistan kambing rm.18 (2 pax)
Nasi pakistan ayam rm.15 (2 pax)
Nasi extra (5 pax)

Banyak betul husbnd aku tapau..haha..Kat sini ada jugak menu ikan..

Nasi pakistan ikan siakap rm40++ 

Utk korang yang makan kat sini ia ada bagi air sirap free utk setiap set..Jimat air tak payah beli..Hehe Kalau oder air lain kena bayar la ya..🤭🤭

Bila smpai jer kat kampung aku terus hidang beb..Tak sabar nak rasa..Kira time tu kira waktu Brunch aku la..Breakfast sekali jalan dgn lunch..🤣🤣

Bila dah rasa aku review ikut tekak aku la ya.. Rasanya sedap tapi xde la specialll sgttt.. Rasa nya memang padu kuah pekat & berasa sangat.. Daging Lamb Shank nya lembut..Mudah nak makan..Lamb shank rasa nya xmeresap dgn kuah sbb dia masak asing..Kuah nya sedap & pekat mmg padu tapi ada rasa sos² sikit la..

Daging kambing & ayam rasa mcm dia masak beriani..Sedap anak² suka sbb daging kambing tu meresap dengan kuah nya..Anak-anak suka makan kambing & ayam..So far kena la dengan selera anak-anak aku yang tak cerewet sangat bila makan menu nasi ala-ala nasi arab nie..😊

Gear box aku tak dapat rasa sbb dia belum siap masak kata husbnd aku..Tgk feedback org ramai ckp gear box sedap sbb rasa nya memang menyerap dengan kuahnya..mybe dia masak sekali dengan kuahnya kot..

Untuk part nasi pulak dia sama je macam nasi arab tuuu..Cuma ia tabur jintan manis kat dalam nasi tu..Bau la nasi tu aroma jintan.. 

Dia de bagi salad mcm nasi arab tu yang timun, tomato & kobis potong² tu tapi kat sini dia bagi salad & timun potong² jer dgn dressing kuah lada tapi xde rasa cuka pun..😅😅🤭🤭

So yang mana nak cuba silakan..Tak salah nak mencuba..Selera ikut tekak masing²..Bagi aku sekadar untuk mencuba boleh la..Kalau nak repeat mybe tak kot..Jauh..Tuu..HaHa..Kalau ada orang nak belanja aku onnzz jer..😂😂 Plzz jgn kecam aku tau..😅😅 Tq korang yang sudi baca story review aku..😊🤗

 

Post a Comment

2 Comments

  1. Mak oiiii...meriah uiii SA tengok lamb shank tu....

    ReplyDelete
  2. amboi lamb shank tu ...
    Hai, Assalamualaikum... Saya budak baru belajar. Jemput datang ke blog saya :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.