Ticker

6/recent/ticker-posts

BERMAIN GAME SAMBIL BELAJAR MENGIRA DI MORTGAGE CALCULATOR

 BERMAIN GAME SAMBIL BELAJAR MENGIRA DI MORTGAGE CALCULATOR |Ada banyak dan pelbagai jenis game yang bukan je boleh memberikan ilmu pada anak-anak.


Tak semua game online tu boleh buat anak-anak kita ni alpa.Ada je game yang boleh buat otak anak kita ni semakin pandai nak-nak dalam matematik.Kita kena carilah game online yang betul-betul bagus untuk anak-anak kita.Yang penting setiap pergerakkan anak-anak kita dalam menggunakan internet kita kena pantau.Tak boleh lepas macam tu dan biarkan mereka bermain tanpa pengetahuan kita.

Aku suka kalau anak-anak aku ni bermain game online dari satu website ni yang aku jumpa baru-baru ni.Bukan sahaja menyeronokkan, bahkan memberikan ilmu pada anak-anak dalam setiap permainan game online di website itu.

Website Mortgage calculator ni dah ramai parents approved untuk beri keizinan pada anak-anak mereka bermain.Website ni mengetengahkan fokus utama mereka iaitu kewangan.Bagaimana kita menguruskan kewangan, mengira, menyimpan dan menggunakan wang di dalam setiap game online mereka.

Bestkan? sampai aku pun terikut sama untuk main bersama dengan anak-anak.Yang lebih penting semua game yang ada di website ni adalah percuma.


BERMAIN SAMBIL BELAJAR MENGIRA DI MORTGAGE CALCULATOR

Anak-anak pun dah suka bermain permainan online di dalam website Mortgage Calculator  ni.Dalam website ni ada beberapa kategori game yang anak-anak boleh bermain iait, Money Game, Real Estate Game, Food Simulation Game, Business Simulation game, Software Development game, Office politics game dan other fun games.

Semua permainan di website ni best-best belaka.Antara yang anak-anak aku suka bermain ialah

#GROCERY CASHIER

Grocery Cashier ialah permainan di mana kanak-kanak kecil boleh berlatih tambah dan tolak bersama-sama kebiasaan kewangan dengan mengendalikan mesin tunai maya.


# COFFEE SHOP

Coffee shop ialah permainan simulasi sebulan di mana pemain melaraskan tetapan permainan untuk memperoleh sebanyak mungkin daripada menjalankan kedai kopi.

Pemain permainan ini mengurus inventori mereka, belanjawan aliran tunai mereka, tetapkan harga, melaraskan formula kopi mereka dan merancang untuk memaksimumkan pendapatan hari ke hari sebahagiannya dengan melaraskan perniagaan mereka berdasarkan cuaca. Dalam permainan ini permintaan untuk kopi meningkat dalam cuaca sejuk dan permintaan untuk kopi turun dalam cuaca panas.



#PLAY IDLE MONEY TREE

 Play idle money tree ialah takrifan permainan clicker terbiar. Ia bertujuan untuk menjawab soalan "adakah wang tumbuh di atas pokok?" dengan cara yang akan memuaskan hati kanak-kanak yang mahukan mainan di seluruh dunia sementara mungkin menjengkelkan lebih daripada beberapa ibu bapa

# IDLE FARMING BUSINESS

Idle farming business ialah permainan simulasi pertanian clicker & pemprosesan makanan dengan 40 peringkat

Banyak lagilah game yang best-best.Memang tak rugi kalau anak korang bermain di website ni.

Jadi nanti bolehla korang masuk ke website ni dan cari game yang best-best untuk korang bermain bersama-sama dengan anak-anak korang.

Oklah aku nak sambung main jugaklah.Bukan anak je minat tau, ibu dia pun minat jugak main game dekat website ni.Selamat mencuba korang ye.


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.