SEDAP NYA MAKAN DURIAN SAMBIL DINNER BUFFET DI RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU || Pada hujung minggu yang lepas suzie dapat luangkan masa bersama dengan kawan-kawan pergi dinner buffet di Renaissance Hotel Johor Bahru.. Sejak suzie berpindah tempat kerja di Tanjung Langsat masa untuk mak-mak orang nak healing jadi terhad..
Lokasi port dinner yang menjadi pilihan kali ini bukan biasa-biasa tau sebab bulan October, November & December ia menghidangkan menu yang special iaitu ada Durian Station.. Kalau korang nak tau geng mak-mak nie memang hantu durian tau..Hehe So berbaloi la korang boleh makan-makan sepuasnya sambil nikmati durian sepuasnya juga..
REN FESTIVE DINNER BUFFET
Jom suzie share info sikit pasal buffet nie mesti korang pun nak tahu jugak kan kan.. Buffet nie diberi nama Ren Festive Dinner Buffet..Korang boleh booking & datang pada setiap hujung minggu iaitu hari Jumaat & Sabtu dari jam 6.30pm sehingga jam 10pm.. Tema & konsep buffet dinner ini akan diadakan sepanjang bulan October, November & December.. Apa yang membuatkan ia menarik korang akan menikmati hidangan buffet yang sedap-sedap dan korang juga dapat nikmati Durian Station sepuasnya.. Ia menghidangkan pelbagai jenis Durian Kawin dengan pelbagai rasa seperti rasa manis, rasa lemak memang korang tak dapat nak katakan rasanya yang penting aku dapat yang sedap2..hehe
Bukan itu sahaja ada pelbagai jenis live station yang korang boleh nikmati seperti seafood & grill di On Fire Grill Station seperti Slipper Lobster, Scallop, Sotong, Black Mussel, Oyster, Beef Tenderloin, Lamb Shoulder, Ayam perap & itik.. Aneka gorengan berempah di Berempah Station seperti Udang Galah, Ayam Kampung & Paru Goreng. Shawarma Station pun ada juga tau..
Untuk anak-anak yang sukakan murtabak wajib cuba..Suzie memang peminat murtabak so murtabak kat sini kena dengan tekak sis..
Kalau makan kat sini menu yang menjadi paling fevret suzie ialah hidangan Western Counter & Japanese Counter..Menu western kat sini mmg bertambah2 sis makan..hehe Menu western yang suzie suka kali ini ialah Mushroom Rissotto, Mussel Au Gratin, Aglio Olio Beef.. Menu panggang seperti Slow Roasted Marinate Beeg Leg Bone & Braised Beef Brisket pun ada juga..
Kalau menu Japanese suzie memang akan makan Sashimi Salmon.. Salmon dia fresh & love sangat..Aneka sushi, salad jepun & maki roll pun ada..Japanese food kat sini tak pernah mengecewakan..Semua suzie suka..😊😋😍
Lepas puas makan boleh la nikmati hidangan dessert yg rasa nya tak pernah mengecewakan.. Suzie paling suka kek & pastry sedap semuanya.. Kuih muih local pun ada jgk tau..
Suzie nk ingatkan sekali lagi..Buffet Dinner Renaissance Kitchen nie bukan ada setiap hari tauuu.. Ia ada hanya hari JUMAAT & SABTU sahaja..Bermula seawal jam 6.30pm~10pm..So boleh la korang makan santai² sampai puas..hehe
Jgn lepas peluang booking slot tau..Buffet Renaissance Kitchen nie belangsung sehingga pada bln October , November & December jer tau..🤗🤭
🆁🅴🅽 🅵🅴🆂🆃🅸🆅🅴 🅳🅸🅽🅽🅴🆁 🅱🆄🅵🅵🅴🆃
𝕆ℂ𝕋|ℕ𝕆𝕍|𝔻𝔼ℂ
🗓 Friday & Saturday
⏰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM198 nett per adult
✨ 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
📲 wa.me/60177713327
🔗 bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐 cafebld.com/specials






















0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.