Lazy 8 - Tingkatkan daya fokus


Lazy 8 | Hari ini saya nak berkongsi tentang terapi lazy 8. Terapi lazy 8 nie saya pernah gunakan pada anak saya untuk fokus kan diri dia sebelum belajar atau membuat sesuatu perkara.

Lazy 8 ini banyak memberi manfaat pada anak-anak kita terutamanya pada kanak-kanak yang mengalami masalah. Kanak-kanak yang normal pun boleh buat juga untuk pemahaman dan melancarkan pembacaan serta menolong dalam memberi tumpuan.


LAZY 8 adalah salah satu aktiviti Brain Gym dengan huruf lapan mendatar. Ini antara aktiviti yang membantu mata untuk lebih relax dan membantu meningkatkan koordinasi otak kanan dan kiri. Jika huruf 8 yang dihasilkan besar, ia juga sebenarnya melibatkan pergerakan anggota badan seperti bahu.

KELEBIHAN LAZY 8

  • Meningkatkan tahap fokus dan konsentrasi
  • Bantu anak berfikir dengan jelas
  • Memperbaiki kordinasi mata dan tangan (eye-hand coordination)
  • Meningkatkan keupayaan pergerakan mata (gerakan mata dan bukan kepala ketika melihat)
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Meningkatkan kawalan kelajuan dan kelancaran ketika menulis
  • Mengimbangi emosi
  • Meningkatkan kemahiran Cross Laterality (crossing the midline of the body, your belly button, connects the right and left hemisphere)
  • Membantu mengenalpasti tangan dominasi (kanan atau kiri)

CARA MEMBUATNYA

Lukiskan huruf 8 secara melintang di atas kertas A3 putih atau papan putih secara landskap.

Letakkan bahagian tengah huruf 8 tadi selari dengan tengah badan.

Gerakkan pensil/marker dari tengah huruf lapan nak bergerak ke kiri mengikut huruf lapan tadi.

Bergerak terus ke kanan atas dan kebawah tanpa mengangkat pensil/marker. Teruskan sehingga pergerakkan lancar.

Nota:

Lekatkan bahagian bawah kertas agar tidak bergerak.

Gunakan kertas lebih besar untuk membantu tangan menyebarkan garis tengah lebih jauh.

Mulakan Lazy 8 sebelum membuat homework kerana ia membantu anak untuk fokus dan tenang.

3 comments

  1. dari seawal umur berapa ye.kalau bagi kat Naura kang, mau jadi huruf apa entah..tapi nak juga mencuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dh pndai pegang pensil dh boleh buat akk..

      Delete
  2. Wahh tips yang berguna.. bole cuba nanti ntk sumayyah dah pandai menulis la.hehe..skrg pandai main je.

    ReplyDelete