Akhirnya selesai juga urusan pembayaran balik wang tidak dituntut di Jabatan Akauntan

Akhirnya selesai juga urusan pembayaran balik wang tidak dituntut di Jabatan Akauntan Negara || As'salam, syukur urusan aku nak claim balik wang yang tidak dituntut itu selesai.. Kelmarin aku tergerak nak check dekat website E-GUMIS berapa jumlah wang aku yang tak dituntut.


Sebelum nie aku pernah jugak check masa tu tahun 2016 kalau tak silap. Dah lama sangat dah aku check, masa tu jumlah yang aku dapat tak sampai pun RM20 so aku lupakan jer la hasrat aku untuk tuntut. Kali nie aku try check sekali lagi aku dapati jumlah yang hendak dituntut ada dalam akaun aku ialah RM5++ korang. Bagi aku jumlah nie banyak la kan. Lepas la juga aku belanja family aku makan Burger Woodfire kat area rumah aku nie..hehe 



Selepas dapat tahu aku terus set masa nak pergi pejabat akauntan. Masa nie awal pagi aku check online. Aku pun pergi la dengan ayah aku dalam kol 10 pagi macam tu. Untuk yang tinggal di Johor Bahru boleh la pergi pejabat akauntan yang terletak di dalam bangunan Menara Tabung Haji Johor Bahru. Lokasi nya ia sebaris dengan Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Pejabat Jabatan Akauntan Negara terletak di tingkat 8 Menara Tabung Haji. Masa nie aku sampai orang tak ramai sebab ada yang masih bercuti lagi sebab balik kampung mengundi, sampai jer kat Jabatan Akauntan Negeri Johor aku pun terus la menuju ke mesin nombor giliran. Kat situ ia paparkan urusan apa yang korang nak buat. Aku klik la permohonan tuntutan WTD sebab aku dah semak dahulu dah. Kalau korang belum semak korang semak la dulu ya baru datang sini uruskan lagi senang.


Bila nombor aku dipanggil aku keluarkan la copy ic aku, masa nie aku ingat bawa ic jer dah cukup rupanya dia nak sekali copy muka depan bank statement bukti no akaun tu ko yang punya. Dia bagi la aku check list dokumen yang diperlukan. Nasib baik zaman dah canggih ni aku cari la dekat Online web bank melalui handphone terus aku download. 

Kebetulan dekat bangunan nie ada menyediakan khidmat untuk copy atau print aku terus pergi print gambar tadi. Aku pergi ke kaunter semula amik no terus no aku dipanggil sekali lagi. Aku pun serahkan la semua dokumen yang lengkap, staff kat kaunter pun check semua dokumen akhirnya semua dah cukup, detail nama dan no akaun aku semua betul dia suruh aku tandatangan tanda urusan aku sudah selesai. Kejap jer kan, tapi kalau urusan yang membabitkan bank korang kena minta surat akuan dari bank tau. Nak tau detail lanjut jom aku share apa itu wang tak di tuntut & cara-cara macam mana nak tuntut wang tu..

Apa itu Wang Tidak Dituntut??

Wang yang tak dituntut ialah wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh:
๐ŸŒธgaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar pada kakitangan
๐ŸŒธdividen
๐ŸŒธkeuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
๐ŸŒธtuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
๐ŸŒธdraf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput
๐ŸŒธsimpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
๐ŸŒธcagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
๐ŸŒธpemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit
     
-Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun.
Contoh:
๐Ÿ€akaun simpanan
๐Ÿ€akaun semasa
๐Ÿ€simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

-Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan dalam apa-apa urus niaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
๐Ÿ€akaun pemiutang dagangan
๐Ÿ€akaun penghutang dagangan berbaki kredit
 

Cara semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)??

Ada 2 cara untuk membuat semakan WTD iaitu secara online atau secara manual iaitu korang boleh datang ke JANM untuk membuat semakan. Bagi aku zaman dah canggih kita semak sahaja melalui online..hehe



Hadir ke JANM
Sebelum korang hadir pastikan pejabat buka & tahu waktu operasi nya sampai jam berapa.
1. Datang atau hadir ke mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara (JANM) di seluruh negeri
2. Bawa kad pengenalan atau Mykad dan serahkan Mykad di kaunter.
3. Pegawai bertugas JANM akan membuat semakan melalui sistem dan tidak sampai lima minit pemohon akan dapat tahu sama ada mempunyai WTD atau tidak.
4. Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan untuk membuat semakan.
5. Semakan waris yang telah meninggal dunia boleh juga dibuat. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

Secara Atas Talian
1. Layari portal seperti eGUMIS - Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan klik pada pendaftaran.
2. Lengkapkan semua butiran maklumat yang diperlukan dan tandakan pada kotak pengakuan bersetuju dan captcha
3. Klik butang ‘Daftar’ dan klik butang ‘Ya’ untuk selesaikan proses pendaftaran
4. Masuk ke sistem eGumis dan Log Masuk
5. Daftar masuk dengan mengisi nama pengguna dan kata laluan (yang akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan).
6. Untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut klik pada carian Wang Tak Dituntut
7. Masukkan no.kad pengenalan dan klik butang Cari.
8. Hasil carian akan terpapar.
9. Carian terhad kepada dua kali untuk sehari.



Dokumen yang diperlukan untuk permohonan tuntutan individu??

๐Ÿ€Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
๐Ÿ€Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) atau pasport pemohon bagi bukan warganegara.
๐Ÿ€Dokumen asal (Contoh: buku bank atau sijil simpanan tetap dan lain-lain)
๐Ÿ€Salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank pemohon yang aktif (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

Pendaftar  Wang Tak Dituntut (WTD) boleh membuat bayaran balik WTD kepada empunya yang berhak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13, Akta WTD 1965:

‘ Apabila Pendaftar WTD berpuas hati bahawa penuntut adalah empunya yang sah, Pendaftar WTD akan membayar kepada penuntut WTD dari Akaun Amanah atau Akaun Hasil (jika wang tersebut telah dipindahkan ke Akaun Hasil).’

PERINGATAN!!!

Pendaftar WTD TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana individu atau firma atau syarikat sebagai orang tengah atau ejen untuk urusan tuntuan WTD.




Post a Comment

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.