ESKAYVIE MINDTROPIC MEMBANTU TINGKATKAN DAYA INGATAN & MENGIMBANGI TAHAP STRES ANDA

ESKAYVIE MINDTROPIC MEMBANTU TINGKATKAN DAYA INGATAN & MENGIMBANGI TAHAP STRES ANDA

As'salam & hye semua yang sudi membaca entry untuk kali ini. Hari nie aku nak kongsikan dengan korang semua tentang satu produk makanan tambahan untuk korang yang pernah atau ada alami masalah stres, kemurungan, susah nak fokus dan gejala Long Covid.


Sebelum tu, tahukah korang apakah ia Long Covid? Aku rasa ramai yang tak tahu apakah Long Covid ni melainkan mereka yang pernah dijangkiti COVID-19 sahaja mengetahuinya. Long Covid ni adalah keadaan pesakit, di mana gejala dan tanda COVID-19 dihidapi melebihi tempoh empat minggu. Ia merangkumi dua tahap, iaitu gejala berterusan COVID-19 bagi pesakit yang bergejala dalam tempoh empat hingga 12 minggu serta sindrom pasca COVID-19 iaitu pesakit yang bergejala melebihi 12 minggu atau sehingga tempoh 6 bulan dan tidak dapat dikaitkan dengan diagnosis alternatif yang lain walau pun mereka sudah bebas daripada COVID-19.

 

Gejala Brain Fog Atau Kabut Otak


Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang, dilaporkan berkata, pesakit COVID-19 yang sudah sembuh, khususnya kategori dua, tiga, empat dan lima, berkemungkinan besar mengalami komplikasi Long COVID. Antara gejala Long Covid yang boleh dialami bekas pesakit COVID-19 adalah brain fog atau kabut otak.

Ia boleh mengakibatkan seseorang individu mengalami lemah daya ingatan, kesukaran menumpukan perhatian dan pemikiran yang boleh mempengaruhi produktiviti kerja serta mengganggu sistem kesihatan mental. Akibatnya, ia akan menyebabkan kesukaran fokus, bercelaru, keresahan dan sukar untuk tidur. Gejala kabut otak itu termasuk kesukaran mencari perkataan atau kelancaran pertuturan, aliran pemikiran dan perbualan yang kerap terganggu.

Selebriti tanah air Lisa Surihani merupakan antara yang pernah mengalami gejala kabut otak yang menyebabkannya cepat lupa, sukar berfikir dengan pantas seperti dahulu. (Sumber: KOSMO)

Tempoh masa berpanjangan sehingga enam bulan adalah satu situasi berbahaya kepada individu kerana ia membabitkan gangguan autoimun yang menyebabkan sistem imun menyerang sel yang sihat di dalam badan.

 


Pelupa Akibat Covid (Kabut Otak) bersama Nabila Huda - WHI (18 Ogos 2022)

 

Jangan main-main ya dengan gejala Brain Fog ni. Kalau tak dirawat ia boleh menyebabkan orang yang mengalami mengalami masalah stres, kemurungan dan anxiety. Kalau dah sampai kena tahap macam ni memang hidup rasa tak tenteram.

Yela kan… Nak tidur pun jadi susah. Bila tak cukup tidur ni mula la rasa nak cepat marah, prestasi kerja jadi merosot dan yang paling teruk ia boleh mengundang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.

Walaupun kita dah lama masuk ke fasa endemik, namun kita harus ingat yang COVID-19 ni masih ada lagi dan masih ramai yang dijangkiti wabak ini. Cuma kerajaan dah tak war-warkannya seperti dahulu. Selain itu, rakyat pun dah kurang ambil tahu. Tapi kalau kita ke hospital, masih ramai lagi pesakit yang dijangkiti COVID-19.

 

Bagaimana Eskayvie Mindtropic Membantu Tingkatkan Daya Ingatan Dan Mengawal Stres Anda?

 

Pengenalan Eskayvie Mindtropic

 

Eskayvie Mindtropic merupakan satu lagi produk terkini yang di formulasikan oleh Dr. Syid Ayob iaitu formulator yang telah menghasilkan produk kesihatan terlaris di Malaysia iaitu Eskayvie Diffenz.

Produk ini diformulasikan dengan 5 bahan utama iaitu Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa Monieri, mineral Magnesium dan Selenium. Ia dihasilkan dalam bentuk tablet kunyahan berperisa tropika yang enak bagi membantu menguatkan memori, memperbaiki mood dan memudahkan tidur serta melegakan stres terutamanya bagi orang dewasa. Eskayvie Mindtropic ini mampu menyokong kesihatan minda yang terjejas akibat Long Covid atau gejala Brain Fog (kabut otak).

Jom kenali lebih lanjut apakah bahan utama Eskayvie Mindtropic ni.

 

PHOSPHATIDYLSERINE


Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.

Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.

Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak spt neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.

 

ASHWAGANDHA KSM-66


Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan. Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression. Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

 

BACOPA MONNIERI


Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog. Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

Bagi yang mengalami gejala Long Covid, bahan ni memang sesuai untuk merawat masalah yang dihadapi oleh korang.

 

MAGNESIUM


Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu sebenarnya kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.

Bahan ini juga menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).

 

SELENIUM


Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb. Juga menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

 

Sijil KKM??

Kat sini aku nak bgtau Eskayvie Mindtropic ada kelulusan KKM tau.So korang boleh gunakan tanpa was-was sbb produk ini juga ada sijil HALAL.



 Apakah Kelebihan Eskayvie Mindtropic?

     100% Bahan Semula Jadi (yang ni penting)

     Sesuai untuk 18 tahun keatas

     Rasa Tropika Yang Enak (sedap je kunyah-kunyah)

     Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan (penting juga)

     Tanpa Gula Tambahan (penting juga)

     Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award

 

Apakah Manfaat Eskayvie Mindtropic Jika Diamalkan Secara Konsisten?

     Mengatasi gejala brain fog

     Meningkatkan Perkembangan sel otak

     Menguatkan memori

     Lebih Fokus & daya tumpuan yang lebih baik

     Menjadikan mood & emosi yang lebih terkawal

     Dapat tidur lebih lena

     Lebih ceria & gembira

     Membantu atasi masalah Anxiety dan kemurungan

 

Siapa Yang Patut Dapatkan Eskayvie Mindtropic ni?

1.    Orang yang cepat naik angin/marah

2.    Orang yang selalu stres

3.    Orang yang susah nak tidur dan mengalami insomnia

4.    Orang yang sukar nak fokus atau kurang daya tumpuan

5.    Orang yang susah nak ingat dan cepat lupa

6.    Orang yang mengalami kabut otak kerana Long Covid

7.    Orang nak hidupnya ceria, gembira dan badan bertenaga

 

Apa Kata Pengguna Yang Dah Cuba Eskayvie Mindtropic?

Kalau produk keluaran syarikat terlaris di Malaysia ni pastinya ada banyak maklum balas daripada pengguna kan? Di bawah ni aku kongsikan beberapa perkongsian pengguna yang dah amalkan Eskayvie Mindtronic.

 




Kalau kita tengok pada reaksi pengguna Eskayvie Mindtropic diatas ni, ramai di antara mereka mengalami masalah sukar tidur malam dan tak dapat tidur lena. Bila badan kita tak dapat rehat yang secukupnya tu yang jadi cepat naik angin, stres, anxiety, kemurungan dan macam-macam lagi la. Tapi semuanya itu telah berakhir kerana mereka ni dah mudah tidur, tidur dengan lena dan dapat deep sleep lagi. Bila bangun pagi je badan rasa bertenaga, perasaan tenang dan emosi terkawal sebab badan tu dah dapat rehat yang secukupnya. Baru lah dapat menjalani rutin harian dengan lebih produktif.

 


Jom kita tonton pula video perkongsian dari En Fadly Shah, 47 tahun yang dulunya sering lupa rakaat dalam solat akibat ‘Brain Fog’.

 

Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic

 



Cara nak makan Esakyvie Mindtropic ni mudah je. Produk ni dalam bentuk tablet jadi hanya perlu kunyah je ya tanpa guna air pun. Rasanya pun sangat sedap berperisa tropika.

Untuk yang berumur 18 tahun dan ke atas tu, korang disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.

Untuk kanak-kanak pula, hanya yang berumur 13 hingga 17 tahun sahaja ya. Disyorkan mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

Untuk kanak-kanak yang umur 13 tahun ke bawah boleh dapatkan Eskayvie i-Qids di pasaran. Yang ni memang bagus untuk merangsang minda kanak-kanak.

 

Kesimpulan

Secara kesimpulannya (cewah, macam karangan sekolah lak hehe…), produk Eskayvie Mindtropic ni memang bagus untuk yang bekerjaya dan berumur macam aku. Yela kan… yang bekerjaya ni ikutkan sentiasa stres dengan kerja, nak uruskan keluarga lagi, komitmen setiap bulan lagi dan macam-macam lagi la.

Kadang tu kucing nak beranak pun boleh jadi stres tau hehe… Bila kita ni nak mengadap macam-macam perkara, tu yang jadi kemurungan, tekanan dan anxiety sampai susah nak tidur. Kalau tidur pun jadi tak lena sebab banyak sangat memikirkan hal duniawi yang tak kesudahan.

Bagi yang berumur pula, macam biasa, mungkin faktor umur dengan pelbagai lagi penyakit yang dihadapi menyebabkan sukar nak tidur malam. Bila tak dapat nak tidur tu mula la darah tu mudah naik huhu…

Jadi, pada yang ada masalah-masalah di atas ni, aku sarankan dapatkan Eskayvie Mindtropic di pasaran sekarang. Hidup ni jangan stres stres. Kita perlu ceria sentiasa. Baru lah dapat menjalani kehidupan seharian dengan senyuman :)

Korang boleh dapatkan Eskayvie Mindtropic nie di laman web & media sosial serta ejan² sah Eskayvie di bawah ini..👇👇

 

Website

www.eskayvie.com

 

Facebook

ESKAYVIE MALAYSIA OFFICIAL HQ

 

Instagram

ESKAYVIE MALAYSIA

 


#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Post a Comment

0 Comments