Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiket Konsert Siti Nurhaliza A Night to Remember di Persada Johor pada 16 & 17 December 2022

Tiket Konsert Siti Nurhaliza A Night to Remember di Persada Johor pada 16 & 17 December 2022 || As'salam..Hye semua.. Pada 6 Oktober 2022 aku berkesempatan menghadiri satu sidang media di Persada Johor bersempena dengan persembahan konsert istimewa dari penyanyi yang tersohor di malaysia iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza ikon industri muzik Malaysia.


Di peringkat antarabangsa ia digelar sebagai Voice of Asia and Asia Celine Dion dekat konsert ini ia akan mempersembahkan lagu-lagu kegemaran ramai dan juga lagu-lagu terbaru Tokti..Selain Dato Sri Siti Nurhaliza, konsert eksklusif ini turut mempersembahkan penampilan istimewa oleh sensasi popular Aina Abdul & Khai Bahar, yang akan membuat persembahan bersama-sama Dato Sri Siti Nurhaliza dalam beberapa segmen sepanjang konsert itu.

Konsert itu akan diadakan pada 16 & 17 December 2022 pada jam 8 malam dan harga tiket bermula dari RM299. Tiket kategori Siti Situ Sana Sini merangkumi sesi Photo & Greet. Manakala Bersama Dato Sri Siti Nurhaliza kategori Nafas Cinta pula disertai dengan Fan Meeting bersama Aina Abdul dan Khai Bahar.

Apa tunggu lagi yang belum mendapatkan tiket boleh la layari website www.myticket.asia

JOM SAVE THE DATE..📣📣

📅 16 Dec & 17 Dec 2022 (Jumaat & Sabtu)

⏰️ Bermula 8.00 malam

📌Persada International Convention Centre Johor

Post a Comment

0 Comments