Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Lunch Paling Murah Hanya RM38 jer di GBW Hotel??!!

Buffet Lunch Paling Murah Hanya RM38 jer di GBW Hotel??!!|| Terkejut tengok pamplet Buffet Lunch paling murah hanya RM38 jer korang. Biar betul kan..Macam tak percaya jer..Kelmarin aku pergi la cuba makan kat GBW hotel nie. Aku try la semua menu kat sini. Alhamdulillah memang tak salah tempat guys. Memang pilihan tepat la kalau korang makan lunch kat sini.. Berbaloi sangat-sangat, macam-macam korang boleh dapat dengan hanya RM38 jer.. Korang boleh makan appitizer, main dish lagi lepas tu makan side dish lagi dan last korang boleh makan dessert & ice cream lagi. Minuman panas atau sejuk pun ada. Bukan sikit tau pilihan dia banyak pilihan korang boleh pilih. Jom aku share apa menu yang aku makan kat GBW Hotel nie..


First aku cuba la makan Nasi putih dengan kambing masak hitam dia sedap korang kambing dia..adik aku siap tambah lauk lagi..Lepas tu aku try pula ikan bawal masak sweet sour, ada ayam panggang percik & telur masak kerutuk pula. 





Sayur tempura goreng pun ada sedap jugak dimakan dengan nasi. Rasa rangup bila dimakan, aku suka ratah sayur nie jer..HeHe



Ikan masin & ulam ulaman pun ada juga.. Colek dengan budu atau sambal belacan menambah kau makan..Ada pulak kerabu mangga memang buka selera aku la..






Kalau korang bawa anak-anak boleh la cuba Nasi Ayam Roasted disini sedap jugak. Cepat licin ayam roasted nya nampak sangat memang betul-betul sedap..


Lepas makan terasa nak makan bubur berlauk pun ada jugak..Nak hirup-hirup sup tomyam pun boleh..Sushi & keropok ikan pun ada untuk kudap-kudap.






Buah-buahan seperti tembikai & rojak buah pun ada, sedap dimakan dengan petis..Lepas makan buah aku cuba pulak dessert & bubur..Aku suka sangat bubur pulut hitam kat sini sedap sama macam mak mertua aku masak. Dessert seperti puding, kek & kuih muih pun ada.. 







Kalau korang bawa semua golongan usia dari budak kecil, orang dewasa sampai la warga emas semua menu ada disediakan. Ruang kat sini selesa sangat dan sesuai bawa anak-anak. Kat sini juga korang boleh raikan majlis hari jadi korang hanya beli 15 pax vaucher Buffet Lunch Resepi Warisan Meldrum korang akan dapat sebiji kek secara percuma & korang boleh gunakan pentas utk majlis potong kek secara percuma juga. Kat sini menu akan berubah-ubah setiap hari..


Apa tunggu lagi cepat booking table untuk raikan majlis untuk yang tersayang dengan tawaran & harga yang berpatutan. Keterangan lanjut boleh lihat detail dibawah ini..

Korang boleh nikmati di Buffet "๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐ฉ๐ข ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฅ๐๐ซ๐ฎ๐ฆ" di GBW Hotel Johor Bahru..
Promosi buffet lunch : ๐Ÿ ๐ƒ๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ 

RESEPI WARISAN MELDRUM
๐Ÿ“GBW Hotel JB
๐Ÿ“…Everyday
⏰️12:00pm to 3:00pm

*PROMOTION*
============
๐Ÿ’ธ RM38 nett dewasa
๐Ÿ’ธ RM27 nett kanak-kanak (6 to 1 2 years old)
๐Ÿ’ธ RM27 nett warga emas (60 years & above)
Tempahan sebanyak ๐Ÿ๐Ÿ“๐ฉ๐š๐ฑ (๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ฌ๐š) dan ke atas akan menerima :- 
❤1 x kek 1/2KG.
❤ Pentas percuma
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi kami :
๐Ÿ“ž ๐—ต๐˜๐˜๐—ฝ๐˜€://๐—น๐—ถ๐—ป๐—ธ๐˜๐—ฟ.๐—ฒ๐—ฒ/๐—ด๐—ฏ๐˜„๐—ต๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—น
๐Ÿ“ž Mr. Syahmi : +6016 710 0048
๐Ÿ“ž Ms. Aiza : +6016 723 3558
๐Ÿ“ž Ms. Urfa : +6016 710 0073

Korang juga boleh buat tempahan untuk dinner atau hi tea pun ada.


Post a Comment

0 Comments