Ticker

6/recent/ticker-posts

The Best Nasi Arab Seafood di Zaituna Seafood JB

The Best Nasi Arab Seafood di Zaituna Seafood JB || As'salam & hye semua yang sudi membaca entry untuk kali ini. Baru-baru ini aku sekeluarga pergi ke sebuah restoran yang baru dibuka beberapa hari iaitu Zaituna Seafood Restaurant. Pemilik restoran ini sama dengan pemilik Zaituna Restaurant yang dulu aku pernah review boleh baca di link Zaituna Restaurant. Ia menyajikan menu berasaskan Nasi Arab juga tapi kali ini menu Nasi Arab ini dimakan bersama-sama Seafood yang segar. 


ZAITUNA SEAFOOD JB

Pertama kali aku tengok Zaituna Seafood ini teruja sangat, macam berada di tanah arab la. Mana tak nya dekorasi kedai ini sangat cantik hasil ubah suai rumah kedai yang bercirikan negara timur tengah ini. Bila sampai depan pintu masuk korang akan nampak sebuah akuarium yang sangat cantik. Ikan didalam nya berwarna-warni pasti membuatkan semua orang teruja. Bukan anak-anak sahaja yang sukakan ikan berwarna-warni ini aku yang besar nie pun suka sangat tengok ikan-ikan tu berenang kesana kesini rasa tenang kejap tengok hidupan laut..HaHaHa 





Dekat sini setiap dinding ada juga diletakkan mini akuarium sebagai tarikan jika korang makan disini, sambil makan korang boleh tengok ikan kat sebelah meja. Memang sesuai la dengan konsep yang dibawakan sama dengan nama restauran ini iaitu Zaituna Seafood Restaurant. Menu-menu yang dihidangkan kat sini pun semua hidangan seafood jugak. Kat sini korang boleh pilih sama ada nak makan duduk dikerusi atau duduk bersila, macam aku pilih nak duduk bersila sebab tempat luas puas anak aku nak bergolek-golek kesana kemari sambil tunggu makanan sampai.HaHa


MENU NASI ARAB & PELBAGAI SEAFOOD

Cerita pasal menu kat sini ia menghidangkan menu utama iaitu Nasi Arab ia telah menjadi signature bagi menu negara Timur Tengah. Ia di hidangan dengan pelbagai makanan laut yang korang boleh pilih iaitu makanan laut yang segar & masih hidup di dalam akuarium yang ditayangkan berhampiran pintu masuk ke ruang kitchen. Jenis-jenis makanan laut yang fresh yang disediakan seperti Ikan, Lobster, Ketam, & Tiram.

Lihat ikan siakap dalam akuarium ini sedang-sedang jer size nya xde la besar sangat tetapi puas makan dgn family

Ikan Siakap baru di tangkap untuk dimasak

Ketam Bangkang besar-besar dan masih hidup lagi.

Di sini korang juga boleh pilih menu Dessert sebagai kudap-kudapan sebelum makanan sampai seperti baklava & kunafah. Kunafah nie dessert paling aku suka, rasa nya sedap & rangup. Baklava pun sedap juga. Aku paling suka yang macam sarang burung tu, crispy dan tidak terlalu sweet.

Pelbagai jenis Baklava

Kunafah dessert paling cepat habis bila makan kat sini.

Sedap makan sampai tak pandang kiri kanan

Selain itu untuk menu utama ia menghidangkan Nasi Arab, dekat sini ada dua jenis nasi arab yang korang boleh pilih iaitu SAYADIA & KABSA. Sayadia ini nasi nya berwarna cerah coklat sikit manakala Kabsa nasi nya berwarna kekuningan sikit. Kedua-dua nasi ini rasanya sedap cuma yang Sayadia rasa rempah sikit tapi sedap.

Penuh meja bila makanan dah sampai, kita amik gambar dulu tanda kita hadir di Zaituna Seafood Restaurant ini.

Nasi Arab Kabsa

Nasi Arab Sayadia

Untuk sup pula disini ia ada 2 jenis sup iaitu Seafood Sup & Creamy Seafood sup. Seafood Sup ini sedap rasa nya..Segar rasa bila hirup kuahnya. Rasa nya lain dari yang lain. Dalam sup itu ada tomato dan bawang yang dipotong dadu utk seafood pula dia letak lala didalam nya. Manakala Creamy Seafood Sup pula rasa lemak-lemak dari cream yang di letak. Isi nya pula sama mcm sup seafood iaitu tomato & bawang dipotong dadu serta lala. Rasanya tak muak tapi mcm rasa kuah lemak. Bnyak kali aku hirup kuah nie sebab aku suka rasa creamy-creamy tu..HeHeHe

Seafood Sup

Creamy Seafood Soup

Mix Seafood Salad

Ini pula Salad Arab macam ala-ala Coselaw tapi rasa nya sedap & fresh sbb ada rasa perahan limau kat dalam menu nie..Makan pulak dengan isi udang yang segar sedap juga rasanya..Rasa creamy tu macam datang dari yogurt & mayonis.

Salmon Grill Arab dengan Creamy sauce

Lobster Grill

Menu ikan salmon nie pun aku suka sangat. Ikan tak rasa hanyir. Marinate dia sedap. Ikan nie dia grill dan boleh dimakan dengan sos putih tu memang sedap. Kena dengan tekak aku jugak. Lobster nie pun sedap dia masak guna butter kena dengan sos putih jugak memang padu beb..HeHe

Ikan Siakap grill

Ikan Siakap nie panas-panas masih berdesir lagi minyak kat pen tu. Bau aroma macam rempah arab tu sedap jer sampai menaikkan selera aku. Semua menu dia bagi lemon memang rasa fresh tak muak makan grill-grill nie. Isi ikan lembut & rasa manis ikan fresh tu.

Crab Grill Fresh

Ketam nie pun sedap jugak. Dia masak grill jgk. Tak rasa kering pun. Dia grill tak lama masih juicy lagi isi nya. Ketam fresh memang sedap makan. Rasa isi pejal lagi. Alhamdulillah nikmat apa lagi nak didustakan memang berbaloi makan kat sini. Menu semua bagi aku healthy sesuai la yg mana tengah diet nak mkan kat sini. Tak payah takut nak makan kat sini sebab xde menu apa-apa pun yang boleh naikkan lemak korang..HaHa Apa-apa pun korang wajib cuba ok. Detail lanjut location & tempat korang boleh tengok dibawah ini ya..

๐Ÿ†‰๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ธ๐Ÿ†ƒ๐Ÿ†„๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…ฐ ๐Ÿ†‚๐Ÿ…ด๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ต๐Ÿ…พ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ณ ๐Ÿ†๐Ÿ…ด๐Ÿ†‚๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†„๐Ÿ†๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ฝ๐Ÿ†ƒ

๐Ÿ“ No 61, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200
Johor Bahru, Johor
⏰️ 11.00am-11.00pm
☎️ 07-213 3577

Post a Comment

7 Comments

  1. Replies
    1. Wajib pergi akk..sedap mkn dengan ikan siakap tu..๐Ÿ˜

      Delete
  2. X pernah try lagi nasi arab dengan seafood, boleh cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try lepas nie sis suria..sy suka ratah ikan dia..๐Ÿ˜

      Delete
  3. Uishhhh sedap nya.. Tgk pun dah terliur rasanya..
    Salam kenal ya ibu Aqil follow sini.. ;)

    ReplyDelete
  4. wahhhhh sedap nampak semuanya, lagilah fresh-fresh semua tu. Tengok deconya pun aduhai cantik dan terserlah restaurant arab.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.