Ticker

6/recent/ticker-posts

‘AEON Mesra’ Bawa Keriangan Kepada Kanak-Kanak Yang Memerlukan-Lebih RM350,000 Berjaya Disumbangkan Pada Tahun Ini-

‘AEON Mesra’ Bawa Keriangan Kepada Kanak-Kanak Yang Memerlukan


Kuala Lumpur, 18 Disember 2022 – Yayasan AEON Malaysia (MAF) meneruskan misi menyumbang melalui program AEON Mesra, seiring dengan usaha untuk mendekatkan diri dan membantu ekosistemnya dengan menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. 


Kempen AEON Mesra telah dilaksanakan oleh MAF sejak tahun 2005 bertujuan untuk 
membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang memerlukan khasnya untuk persiapan di musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan Krismas.

Di dalam program yang murni ini, kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan akan diberi pengalaman membeli belah yang menggembirakan di pasar raya AEON atau AEON BiG yang terpilih untuk mendapatakan pakaian menyambut perayaan dan barangan keperluan yang lain.

Melalui kempen AEON Mesra tahun ini MAF telah berjaya menyantuni lebih daripada 2000 orang kanak-kanak seluruh negara dengan jumlah sumbangan melebihi RM350,000 dalam bentuk barangan keperluan perayaan kepada keluarga yang memerlukan dan juga rumah-rumah kebajikan.

Sempena perayaan Krismas tahun ini; AEON Mesra Krismas menyumbang sehingga RM55,000 yang melibatkan 300 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dan juga dari rumah-rumah kebajikan seluruh negara. Program ini bermula pada 10 Disember 2022, dengan penyertaan daripada tiga pasar raya AEON dan dua cawangan AEON BiG berlokasi di Sarawak, Melaka, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Acara kemuncak program ini telah diadakan di AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru pada 17 Disember di mana seramai 100 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan telah dibawa membeli belah untuk persiapan dan hadiah untuk perayaan yang bakal menjelma. Bagi program tersebut, MAF telah bekerjasama dengan beberapa Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan rumah kebajikan seperti Yayasan Kebajikan Suria, Pusat Kebajikan Kalvari dan Pertubuhan Kebajikan Penyayang Permata Hati. Selain dari jawatankuasa MAF dan pihak pengurusan AEON CO., aktiviti ini turut dibantu oleh sukarelawan dari Kumpulan Syarikat AEON (AEON Group of Companies) di Malaysia.
 

Menurut Datin Noryahwati Mohd Noh, Presiden Yayasan AEON Malaysia, “Kami amat 
bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi saat-saat yang istimewa bersama kanak-kanak ini. Setiap perayaan perlu disambut dengan hati yang gembira dan hari ini sudah tentu merupakan hari yang bermakna untuk mereka. Adalah menjadi harapan kami agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberikan keriangan dan harapan kepada mereka. Lapang sungguh hati kami melihat senyuman ceria pada wajah mereka yang berseri-seri.”

“MAF sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan dan kesejahteraan komuniti dalam ekosistem kami. Kami akan sentiasa berusaha untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada inisiatif dan gerakan yang bermanfaat kepada masyarakat dan rakyat Malaysia.” tambah DatinNoryahwati.

Program AEON Mesra adalah selaras dengan usaha MAF untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) SDG 16 – yang menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat .

Mengenai Yayasan AEON Malaysia 

Diilhamkan untuk mendampingi golongan yang memerlukan, Yayasan AEON Malaysia ditubuhkan pada tahun 2004 oleh AEON yang merupakan peruncit pertama di Malaysia yang memulakan yayasan amalnya sendiri. Sehingga kini, Yayasan AEON Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM15 juta dalam melaksanakan pelbagai program kelestarian komuniti. 

Yayasan AEON Malaysia merupakan cabang tanggungjawab korporat AEON Group Malaysia. Ianya sentiasa berusaha untuk memberikan bantuan kepada mereka yang tiada akses kepada keperluan asas seperti pendidikan, tempat tinggal serta bantuan perubatan. Ia juga bertujuan untuk turut memberikan bimbingan kepada generasi muda dalam menangani cabaran sosial masa kini tanpa mengira bangsa dan agama, dan seterusnya mengembangkan potensi mereka demi masa depan yang lebih bermakna. 

AEON Group Malaysia terdiri daripada lapan organisasi iaitu AEON CO. (M) BHD., AEON BiG (M) Sdn. Bhd., AEON Fantasy (M) Sdn. Bhd., AEON Credit Service (M) Berhad, AEON TopValu (M) Sdn. Bhd., AEON Global Supply Chain Sdn. Bhd., AEON Delight Sdn. Bhd. dan Yayasan AEON Malaysia. 

Kepelbagaian operasi AEON Group Malaysia merangkumi pasar raya, peruncitan, dan jenama pusat membeli-belah, perkhidmatan kewangan dan kredit, pengurusan kemudahan fasiliti bersepadu, pengkomersialan jenama swasta berkualiti tinggi yang memfokuskan pada produk dari Malaysia dan Jepun, perkhidmatan pembelajaran dan hiburan untuk kanak-kanak juga keluarga, serta pengurusan khusus rantaian logistik dan pembekalan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Baguih aeon ada inisiatif mcm ni. Hepi je tgk budak/2 tu kan

    ReplyDelete
  2. Baru tau ada Yayasan Aeon, satu usaha yang bagus.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.