Ticker

6/recent/ticker-posts

Raikan Hari Cuti Perayaan Dengan Keluarga Tersayang di Krismas & New Year Buffet di Renaissance Hotel Johor Bahru

Raikan Hari Cuti Perayaan Dengan Keluarga Tersayang di Krismas & New Year Buffet di Renaissance Hotel Johor Bahru|| As'salam uollss yang sudi baca blog aku untuk kali ini.. Bulan Disember ini telah tiba bermakna sudah hampir masuk tahun baru 2023, bulan ini juga ialah bulan untuk mereka yang menyambut perayaan Hari Krismas. Sebut pasal perayaan aku nak share dengan korang tempat makan menarik yang sesuai untuk korang raikan bersama keluarga. Tak semestinya nak sambut perayaan sahaja, korang juga boleh jer datang untuk menikmati dinner yang special disini tau. Kalau korang nak tahu sempena perayaan kali ini Renaissance Hotel Johor Bahru menyediakan menu buffet berkonsepkan Krismas & New Year Buffet. Lebih 4++ jenis menu disediakan untuk buffet kali ini. 


Korang juga boleh nikmati pelbagai citarasa menu dari pelbagai jenis hidangan seperti masakan Asian, Indian, Chinese, Western, Japanese, Arabian & macam-macam lagi la. Banyakkan hidangan yang disediakan, kalau korang nak tahu hidangan kali ini mereka bawakan speciall sangat sebab banyak menu-menu yang dibuat sempena perayaan krismas seperti Roast Turkey, Roast Beef Striploin, Seafood on Ice, Christmas Pudding, Traditional Yule Log, Chocolate Praline, Macaroon Tower & Christmas Cookies.





Untuk peminat pasta korang boleh cuba Hot Pasta kat sini. Bermacam jenis gravy yang korang suka seperti bolognese & carbonara ada disediakan, sebut jer nak pasta apa nnt chef akan masakkan.





Menu pertama yang aku terjah ialah Mexican Nachos, macam-macam nachos ada korang Potato Chips, Paprika Nachos, Salt & Papper Nachos & Plain Nachos.. Dia punya condiments pula korang boleh pilih 10 jenis antara yang aku paling suka Sour Cream & tomato salsa. Ini baru kudap-kudap jer korang..HeHe


Aku try pulak udang masak merah, geram pulak tengok udang dia super jumbo besar tapak tangan aku nie tau. Ayam Lemak Cili Padi & Air Asam Roasted Beef dia pun sedap. Ala macam daging cicah air asam tu sedap kan kalau makan macam tu jer..Burung puyuh berempah pun ada tau.



untuk chinese food pulak Kupang masak cili dia memang marvelous rasanya tak mengecewakan, yang suka makanan steam boleh try Ikan Siakap Steam Nyonya, Sayur Chap Chai & lain-lain lagi.





western pulak korang boleh try Baked Cheesy Scallop, Ox Tail Beef Goulash & Truffle Smashed Potato. 







Japanese pun aku try tau. Paling suka sashimi whole salmon, sashimi yang lain-lain pun ada juga korang boleh pilih nak makan yang mana dulu..HeHe








Indian Cuisine pun ada tau, yang paling hot kari kepala ikan dia korang..memang sedap.. Lamb chob tandoori pun ada jugak. Boleh la makan lauk-lauk nie dengan Nasi Pulihora baru ngam.


Lepas makan kita cari dessert pulak korang..Pelbagai jenis kek-kek, macaroon tower, pudding, bubur, buah-buahan, pelbagai manisan candy dan macam-macam lagi. Untuk yang nak makan sejuk-sejuk boleh la makan ice cream atau ai r batu campur pulak..Nak panas-panas boleh la minum kopi sebagai penutup.











Macam-macam menu aku dah terjah, kalau tanya aku macam mana makan kat sini aku cakap semua kena dengan tekak aku.. Aku jamin pasti menu-menu kat sini tak akan mengecewakan korang.. Apa tunggu lagi cepat booking seat sebelum table penuh korang.

Untuk keterangan lanjut pakej promo yang diadakan sempena Krismas & New Year boleh lihat detail dibawah ini..๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Buffet Dinner promo for:-
๐Ÿ“…Christmas Eve Dinner Buffet (24 DEC 2022)
๐Ÿ“…Christmas Day Buffet Dinner (25 DEC 2022)
๐Ÿ“…New Year's Eve Dinner Buffet (31 DEC 2022)

⏰️6.30pm ~ 10pm

๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธRM188 (adults)
๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ50% off kids (6-1 2 years old)

Promo Members :
15%off for Club Renaissance Hotel Johor Bahru

๐Ÿ“ฑhttps://wa.me/60177713327
๐Ÿ’ปhttps:/bit.ly/TableAppCafeBLD
๐ŸŒwww. cafebld.com





Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.