Ticker

6/recent/ticker-posts

Produk Orang Kampung kini terbang bersama Air Asia

PRODUK ORANG KAMPUNG KINI TERBANG BERSAMA AIR ASIA | As'salam uollss..Baru-baru ini sis berkesempatan untuk menghadiri perasmian program penjenamaan OK Group untuk pesawat Air Asia A320 pada 21 November 2019 di Senai.


Kempen penjenamaan diatas pesawat Air Asia ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan OK Group, En. Habibul Ajmi Bin Datuk Hj Manggar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.



Istimewanya penjenamaan diatas pesawat Air Asia A320 ini, ia menampilkan logo minuman tenaga Longjack, disamping imej ikonik Orang Kampung. Dengan menggunakan tagline "The True Power", imej diatas pesawat kelihatan elegan & energetik, mencerminkan imej OK Group. Minuman tenaga Longjack dan Kacip Fatimah merupakan 100%, tulen, keluaran Malaysia dan kini boleh didapati disemua pesawat AK Air Asia.


Pengarah Urusan OK Group Encik Habibul Ajmi berkata, " Dengan Kejayaan penjenamaan pesawat ini, OK Group melihat ini sebagai peluang untuk bekerjasama dan berganding bahu bersama syarikat yang telah memenangi anugerah World's Best Low Cost Airline, sebagai strategi penjenamaan korporat bagi tahun 2019 sehingga 2021. Kerjasama bersama pesawat komersial merupakan satu langkah yang tepat dan jitu untuk strategi penjenamaan kami dan berharap ia akan membuka lebih lagi peluang untuk OK Group mengembangkan pasaran dan juga strategi pengiklanan jangkamasa panjang. Tambahan pula, OK Group melihat peluang ini akan membuka lebih kebolehpasaran bagi produk OK, sekaligus melonjakkan nama OK Group ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif penjenamaan ini adalah untuk mengembangkan potensi perniagaan dan juga meningkatkan nilai jenama OK, domestik dan juga antarabangsa".

Untuk rekod, OK Group telah menceburi bidang perniagaan kesihatan, makanan dan minuman selama lebih 40 tahun. Diasaskan pada tahun 1975 oleh Allahyarham Datuk Haji Manggar B. Haniff, OK Group bermula secara kecil kecilan, menghasilkan produk kesihatan tradisional untuk penduduk dan pasaran seluruh Melaka, ia kini diiktiraf sebagai jenama yang terkenal di Malaysia khasnya, dan pasaran Antarabangsa, amnya.

Post a Comment

1 Comments

  1. wah terbaiklah. semoga lebih ramai masyarakat luar negara lebih tahu pasal produk orang kampung ni ^_^

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.