As'salam. Semua pasti pernah dengar nama IKAN PEKASAM. Nama itu tak asing lagi bagi pengemar makanan itu yang duduk di kawasan Kedah & Perak.

Ikan Pekasam

Ia juga telah menjadi menu kegemaran bagi peminat-peminat diseluruh malaysia untuk merasai keunikan makanan itu. Rasa nya yg masam dan masin dimasak dengan bawang dan cilipadi menjadi pembuka selera sehingga makan nasi bertambah-tambah.😊😋🤤

Tahu tak anda sejarah ikan pekasam nie??

Sejarah Ikan Pekasam

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).

Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909, [1]

Tahukah anda cara ikan pekasam ini dibuat??


Ikan yang telah direndam air garam sedia untuk disalut

Ikan pekasam ini dibuat dengan menggunakan ikan sungai. Garam digunakan untuk memerap ikan ia bertindak untuk mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan.

Proses untuk menyalut ikan dengan beras yang telah disangan

Selepas ikan disiang dan dibersihkan, ikan akan dilumurkan dengan garam kasar. Ikan yang telah dilumur dengan garam disimpan selama 3 hari. Selepas itu ikan dilumurkan dengan beras yang telah disangan dan di blender kasar.

Proses untuk di peram dalam balang

Kemudian letak ikan yang sudah disalut dengan beras kedalam balang bertutup dan tabur beras hancur berserta dengan asam keping selang seli sehingga selesai. Tujuan untuk letak asam keping ialah untuk mempercepatkan proses pekasam. Selepas itu masukkan air masak sehingga tenggelam ikan tadi. Tutup balang dan pastikan jangan ada serangga masuk. Peram ikan yang telah siap di salut selama 2 minggu sehingga menjadi ikan pekasam.

Ikan Teroboi
Ikan Lampam
Ikan Loma

Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar lain seperti ikan Teroboi, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, sebarau, tilapia dan belida juga boleh digunakan. Ikan sepat merupakan pilihan utama.

Ikan Pekasam Tradisi Lenggong

Ikan Pekasam yang siap digoreng dengan cili padi, bawang & limau kasturi

Saya paling suka ikan pekasam dari lenggong perak. Rasa masam dan masin memang cukup, tidak sama dengan pekasam lain sebab ikan ini dibuat mengikut resepi tradisi lenggong.

Jika anda berminat untuk mencuba ikan pekasam lenggong yang paling sedap boleh la hubungi no di bawah.

Ikan Pekasam Lenggong
013-7766580 atau click link whatsapp dibawah:-
Pekasam Lenggong