Ticker

6/recent/ticker-posts

Roti Canai Pizza Air Fryer

Roti Canai Pizza Air Fryer



As'salam tahun baru nie tiba-tiba jadi rajin pula nak memasak untuk family. Start tahun baru sampai la nie hujan turun tak berhenti-henti. Cuti-cuti nie nak bawa anak jalan-jalan pun tak boleh. 

Bila duduk je rumah anak-anak sibuk tanya ibu nak masak apa saya lapar la. Padahal baru je lepas sarapan. Nasib baik barang-barang dapur semua aku dah top up boleh la aku buat menu buat kunyah² untuk anak².

Ct Suzie masak apa tu??

Aku dengan rajinnya pun buat la roti canai pizza. 



BAHAN²
*Roti Canai instant (aku pakai brand kawan)
*Prego sos pasta tomato
*Sosej (dipotong kecil²)
*Mozarella cheese
*Mayonis 
*Chilli sos

CARA-CARA 


-Ambil sekeping roti canai panaskan sekejap didalam kuali tanpa minyak untuk bagi permukaa roti canai keras supaya tidak lembik & melekat semasa membakar didalam air fryer.



-Selepas itu sapu kan sos prego dipermukaan roti canai yg sudah siap di panaskan.



-Hiaskan roti canai dengan sosej, bawang atau apa saja yang korang suka.



-Selepas itu letakkan mayonis & sos cili diatas pizza tadi.



-Taburkan mozarella cheese mengikut banyak mana yang korang suka.



-Masukkan pizza di dalam air fryer & bakar suhu 180°c selama 10 minit atau 15 minit ikut korang suka nak garing macam mana.



-Selepas dah siap bakar boleh la gunting pizza mengikut besar mana yang anda mahu.

Selamat Mencuba..😊🤗😋🤭

Post a Comment

15 Comments

  1. tak terfikir buat camni. Bahan senang ada je kat rumah.hehe boleh cuba ni

    ReplyDelete
  2. Thanks share resepi. Macam sedap je pakai roti canai. Nak cuba jugak

    ReplyDelete
  3. Ewah, cam senang je nih, nak try ah.. Habislah musnah diet jap.. Kah kahhh.. tq kak share resepiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome nona..selamat mencuba..sekali-sekala cheat ok je..

      Delete
  4. abeslah restoran pizza hut pasni xde sape nak mai ., hahaha gurau2

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat la wak..tgh musim2 mcm nie kne la tunjuk kepakaran...hehe

      Delete
  5. senangnya.. aishhh macam nak cuba juga la

    ReplyDelete
  6. Paling mudah kann, dulu pernah buat tapi masa tu tak aktif blog, ingat nanti nak buat laaa update blog gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang simple je..xpayah fikir yang susah2 utk alas perut..hehe

      Delete
  7. alhmdulillah..dh blog walking..nice tu know u.. (",)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.