Ticker

6/recent/ticker-posts

RichWorks Terima Ujian Pandemik Dengan Komited Bantu 605,000 Usahawan Terus Semangat


 

RichWorks Terima Ujian Pandemik Dengan Komited Bantu 605,000 Usahawan Terus Semangat

Bila dengar nama RichWorks terus terbayang wajah Datuk Wira Dr Azizan Osman. Yelah, sudah lama RichWorks ini bertapak di Malaysia, pastinya nama Dr Azizan dan RichWorks sudah tidak asing lagi ditelinga kita, terutama di kalangan geng usahawan dalam Malaysia.
Bercakap tentang usahawan, tahun 2021 menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.


Banyak golongan yang terkesan, bukan hanya dikalangan golongan pemilik rumah kediaman tetapi juga dikalangan para peniaga. Banyak kedai makan, kedai kasut, kedai emas, kedai jual kereta dan sebagainya yang ikut terkena tempias. Itu belum dikira dengan pasaraya besar yang banyak mengalami kerugian akibat kerosakan barangan jualan.
Memahami perasaan yang dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bangkit bersatu dengan pasukannya dalam memberi bantuan kepada usahawan yang rasa ‘bagai jatuh sudah ditimpa tangga’ ini. 


Mungkin ada yang menganggap, apalah sangat dengan rasa ‘memahami’ itu. Sedangkan! Untuk pengetahuan kalian semua di luar sana, Dr Azizan ini pernah berdepan dengan ujian apabila beliau bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.
Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika ti Terima Segalanya Dengan Positif, Dr Azizan Bangkit Bersemangat  ada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Terima Segalanya Dengan Positif, Dr Azizan Bangkit Bersemangat 

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 


Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.
Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 
Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

RichWorks Memberi Peluang Belajar Pada Usahawan Lelaki Dan Wanita 

Malah salah satu program mereka iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.
"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.


Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Pelbagai Aktiviti Dianjurkan Untuk Cuba Balance Dunia dan Akhirat

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.
Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.
Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.
Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).
Melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.


Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.
Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang diusahakan itu akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Kesimpulan 

RichWorks merupakan salah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan di dalam negara kita ini. 









Post a Comment

4 Comments

  1. berbaloi usahawan yang masuk kelas dato azizan ni kan.Semangat dia lain macam

    ReplyDelete
  2. Terima kasih RichWorks dan Dr Azizan yang tak jemu memberi semangat pada usahawan bilisan ni. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah tahniah buat semua yang terlibat..

    ReplyDelete
  4. Tahniah richworks berjaya dengan kempen dianjurkan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.