Ticker

6/recent/ticker-posts

DOKTOR SHARIFAH HALIMAH TERKENAL DENGAN KEPAKARANNYA DALAM PEMBEDAHAN LAPAROSKOPI GINEKOLOGI DI JOHOR

DOKTOR SHARIFAH HALIMAH TERKENAL DENGAN KEPAKARANNYA DALAM PEMBEDAHAN LAPAROSKOPI GINEKOLOGI DI JOHOR || Pada minggu lepas aku bawa mama pergi Gleneagless Hospital untuk menghadiri sesi perkongsian dengan doktor sharifah tentang kesedaran bertapa pentingnya wanita mendapatkan rawatan bagi yang bermasalah. 


Aku pertama kali berkunjung kesini. Bila sampai jer parking kereta tak perlu susah² nak berjalan kaki kat sini ia ada menyediakan servis pengangkutan Buggy untuk memudahkan korang smpai ke pintu lobby hospital dengan mudah. Sampai jer lobby kakitangan hospital menyambut degan senyuman & ramah mesra nya tak rasa macam berada di hospital pula. Bila smpai jer sana aku & mama terus menuju ke bilik doktor sharifah kerana kawan² yang lain sedang menunggu ketibaan aku..hehe 


Setelah sampai je kat sana mereka pun memulakan sesi perbualan. Bila sebut sakit puan semua wanita berisiko mengalami sakit puan tak kira ianya berpunca dari sakit akibat genetik, pemakanan atau ketidak seimbangan hormon. Paling membimbangkan bila ramai wanita yang mengambil remeh bila ia mengalami tanda-tanda sakit perut seperti senggugut teruk ketika datang bulan atau menstrual iaitu datangnya darah haid.


Ia telah sekian lama terjadi dikalangan masyarakat kita. Ibu bapa kurang peka perkara-perkara macam ini bila berlaku, bawa anak untuk dapatkan rawatan bila sakit itu kerap kali berlaku. Jika kita bertindak awal ia dapat menyelamatkan daripada menjadi lebih teruk lagi dan dalam masa yang sama ia dapat menyelamatkan masa depan anak kita untuk mendapatkan zuriat bila dewasa nanti.


Kalau korang nak tahu doktor Sharifah Halimah ini bukan calang-calang orang rupanya doktor ini ialah seorang doktor pakar sakit puan dan juga pakar pembedahan ginekologi invasif terbaik di Johor. Dr Sharifah Halimah juga ialah pakar perunding kanan obstetrik & ginekologi dengan lebih 25 tahun pengalaman menguruskan penyakit sakit puan yang meluas dan isu kesihatan wanita daripada kes yang mudah kepada yang kompleks. Doktor Sharifah Halimah juga merupakan pakar bedah yang mahir dan berkemahiran tinggi yang menjalankan prosedur teras dan khusus dalam bidang obstetrik & ginekologi, terutamanya pembedahan ginekologi laparoskopi lanjutan dengan pelbagai petunjuk.


Untuk rekod pembedahan Doktor Sharifah kini sudah menjalankan kira-kira 350 – 400 kes pembedahan gynae laparoskopi dan histeroskopik lanjutan setiap tahun, termasuk histerektomi laparoskopi total daripada jisim rahim kecil kepada besar, miomektomi laparoskopi & adenomiomektomi untuk fibroid rahim dan adenomiosis, cystectomy laparoskopi untuk sistem ovari daripada mudah kepada kompleks, semua spektrum endometriosis khususnya endometriosis yang menyusup dalam, penjimatan kesuburan, dan pembedahan endometriosis yang menjimatkan saraf.

Semasa sesi perbualan lanjut doktor ada berkongsi bertapa canggih nya teknologi sekarang. Kalau korang nak tau sekarang doktor akan membuat pembedahan dengan menggunakan kaedah laparoskopi. Nak tau apa itu laparoskopi boleh baca detail kat bawah nie..


APA ITU LAPAROSKOPI??


Laparoskopi adalah sejenis prosedur pembedahan yang membolehkan pakar bedah mengakses bahagian dalam perut dan pelvis tanpa perlu membuat hirisan besar pada kulit.

Prosedur ini juga dikenali sebagai pembedahan lubang kunci atau pembedahan invasif minima.  Melalui tindakan laparoskopi menggunakan laparoskop, pesakit boleh mengelakkan hirisan besar yang biasanya dilakukan dalam pembedahan konvensional.

Laparoskopi berbentuk seperti tiub kecil yang dilengkapi dengan kamera yang berfungsi untuk menyampaikan imej bahagian dalam perut atau pelvis ke monitor luaran.

Kaedah ini dipilih secara meluas kerana ia mempunyai beberapa kelebihan.  Antaranya ialah masa pemulihan yang lebih cepat, mengurangkan kesakitan dan pendarahan selepas pembedahan, dan menghalang tisu parut daripada terbentuk.

SIAPA YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN LAPAROSKOPI ???


Laparoskopi diperlukan sebagai sebahagian daripada rawatan orang yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu. Sebahagian daripadanya ialah:

🍀Diagnosis dan rawatan endometriosis.
🍀Sakit pelvis kronik.
🍀Penyakit radang pelvis.
🍀Punca ketidaksuburan.
🍀Penyingkiran fibroid, rahim, sista ovari, nodus limfa atau kehamilan ektopik.
🍀Rawatan pelbagai gangguan, termasuk inkontinensia kencing, prolaps organ pelvis, dan bentuk tertentu kanser.
🍀Menilai kanser tertentu, termasuk kanser ovari, rahim dan serviks.

Macam mana mesti korang dah faham sikit kan mengenai laparoskopi. Doktor Sharifah nie memang mahir dengan kaedah ini. Pejam celik lama juga doktor sharifah kongsikan pengalaman & kesedaran bertapa pentingnya mendapatkan rawatan awal jika berlaku perkara yang tak normal. Aku suka berborak dengan doktor sharifah ia sangat peramah & rasa macam mudah mesra bila kita dapat berjumpa sendiri depan mata.


Kalau korang nak tau doktor sharifah juga ada buka sebuah cafe iaitu H Gourmet di Eco Botani Nusajaya. Mudah untuk korang mencari makanan sihat yang pasti akan membuatkan korang terbuka minda yang makanan sihat itu sedap dan korang pasti akan sukakan nya.


Lepas nie boleh la aku bawa mama pergi buat rawatan lanjut. Untuk memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan stabil. Korang pun boleh la buat temujanji dengan doktor sharifah kat bawah nie aku sertakan detail..

Doktor Sharifah at Gleneagles Hospital
Obstetrics and Gynaecology (O&G)
609 & 610, Level 6, 
Specialist Clinics Complex (SCC)
Phone No : 075601000 ext 3064
Website : http://2015.drsharifah.com.my 

Post a Comment

1 Comments

  1. Bagus juga ada doktor sakit puan perempuan ni. kita pun xda la segan mana

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.