Ticker

6/recent/ticker-posts

MENARIKNYA DINNER MENU SATU MALAYSIA DI BUFFET DISCOVER MALAYSIA RENAISSANCE HOTEL JB

MENARIKNYA DINNER MENU SATU MALAYSIA DI BUFFET DISCOVER MALAYSIA RENAISSANCE HOTEL JB || Malam kelmarin sebelum balik kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha 2022 aku berkesempatan makan malam dengan geng blogger di Buffet Dinner RENAISSANCE HOTEL JB. Kebetulan hari itu ialah hari puasa sunat Tarwiyah geng blogger aku pula ada yang puasa juga so rezeki dia orang la dapat berbuka puasa dengan pelbagai menu kat Cafe BLD di Renaissance Hotel JB..

Bila dah lama tak jejak kaki kat Cafe BLD nie banyak perubahan yang dibuat..Pelbagai menu yang menarik dengan harga & promo yang menarik berbaloi korang cuba pergi kat dinner buffet nie..


Menu² yang terhasil dari air tangan chef² yang berpengalaman ini bertemakan BUFFET DISCOVER MALAYSIA..

Pelbagai jenis menu seperti satu malaysia dapat korang nikmati iaitu pizza laksa, seafood on ice, tortilla, mussel cream butter, deep fried fish tomato,asam pedas,chicken tandoori,portugis lamb grill,briyani maqlubah & lain-lain lagi..


makanan 1st yang aku cuba ialah tortilla. Pelbagai jenis tortilla ada disediakan dengan pelbagai jenis gravy yang boleh korang pilih..paling sedap gravy avocado & tomato memang menyelerakan..


menu 2nd yang aku mkn pula ialah pizza, pasta & western..pizza dia sedap..crust dia pun lembut memang kena dengan tekak aku..🤭🤭


selesai yang kedua aku try menu arab pula iaitu nasi maqlubah..Rasa nya memang kena kat tekak aku. Nasi lembut daging & salad nya pun sedap..memang cun la bila diganding kan salad yogurt tu..




Aku juga berpeluang merasai ikan bakar portugis & kambing grill portugis..rasa ikan bakar sedap & lembut begitu juga dengan kambing..Bahan perapan nya memang terasa..😊















Bila tengok sushi corner teringin pula nak rasa sushi..😅😅 Apa lagi kita turut la keinginan itu..Rasa memang sedap bila aku sndri amik salmon disatukan dgn sushi..memang mantap..😊😊







Selepas hbis sushi nmpk pulak indian coner roti naan & ayam tandoori memanggil² pulak..😂😂 tak lengkap roti naan tanpa ayam tandoori beserta kuah dalca & kari ikan memang mantap.. rasa nya memang tak mengecewakan..


Kalau korang peminat mee, bihun, noodle atau yee mee boleh la try pergi corner chef tarmizi signature.. korang boleh nikmati menu panas iaitu chicken soup, laksa johor & soto melaka..










Untuk menu masakan melayu boleh la mencuba asam pedas ikan sembilang, kurma daging, udang butter, ayam berempah, masakan sotong, daging masak black pepper & lain² lagi..








Yang terasa nak eat clean.. korang boleh la mencuba makan menu salad atau kerabu.. pelbagai salad ada disediakan seperti tuna salad, seafood salad, chick peas & cranberry salad, papaya thai & kerabu udang mangga.. Kalau nak makan salad buat sndri pun boleh..


















Setelah selesai makan menu main dish tak complete kalau tak makan side dish.. korang boleh mencuba stew daging, mushroom soup, bubur pulut hitam & bubur cha cha.. Pelbagai dessert kek,pastry & kuih-muih turut disediakan.. 



Untuk anak² tak lengkap kalau tak makan aiskrim atau ABC.. Kopi² pun ada jgk..minuman panas & sejuk pasti menjadi pilihan utk hilangkan dahaga korang..😊



Macam mana menarik kan..Kalau korang nak tahu sekarang Buffet Dinner kat Cafe BLD akan  dibuka setiap hari..Cuma yang bezanya seafood on ice, sashimi & beberapa menu akan ada setiap hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu & Ahad.. Untuk detail² lanjut korang boleh buat tempahan awal seperti dibawah..

🅳🅸🆂🅲🅾🆅🅴🆁 🅼🅰🅻🅰🆈🆂🅸🅰 🅳🅸🅽🅽🅴🆁 🅱🆄🅵🅵🅴🆃
🅙🅤🅛🅨 ➋⓿➋➋
📍CAFE BLD, Renaissance Hotel JB
📅Sunday to Thursday
⏰️6:30pm to 10:00pm
💸RM98 nett per adult
💸RM49 nett per children (6 to 1 2 years old)

📅Friday & Saturday
⏰️6:30pm to 10:00pm
💸RM138 nett per adult
💸RM69 nett per children (6 to 12 years old)

⛳️35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member

📱https://wa.me/60177713327
💻https://bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐www.cafebld.com
 




Post a Comment

0 Comments