TOKOH ISLAM SHEIKH YUSUF AL QARDAWI MENINGGAL DUNIA PADA USIA 96 TAHUN

TOKOH ISLAM SHEIKH YUSUF AL QARDAWI MENINGGAL DUNIA PADA USIA 96 TAHUN||Tokoh Islam Antarabangsa Sheikh Yusuf al-Qardawi telah meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Yusuf al-Qardawi yang lahir pada 9 September 1926 yang juga merupakan cendekiawan Muslim yang berasal dari Mesir.


Semoga Allah merahmatinya, Imam Yusuf Al Qardhawi ini telah menghabiskan hidupnya demi menjelaskan syariat Islam dan membela ummatnya.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanya gurunya ketika kecil, “Apa cita-cita kamu?”

Jawabnya, “Saya ingin menjadi Syeikhul Azhar!”

Walaupun beliau tidak menjadi seperti yang dicitakan, hakikatnya beliau adalah antara Syeikhul Ummah yang menjadi panutan umat Islam di seluruh dunia. 

Tidak keterlaluan saya katakan para ulama’ pada hari ini kebanyakannya memanfaatkan jujukan karyanya yang amat bermanfaat kepada ummah. Kesemuanya terhutang budi dengan ilmu beliau di mana sebahagian besar hidupnya telah diwaqafkan untuk ummah.

Mendengar berita pemergian beliau hari ini, mengingatkan saya betapa kita semakin menghampiri zaman yang disabdakan Rasulullah SAW. 

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.” 

Riwayat al-Bukhari (100) dan Muslim (2673)

Daripada Abu Darda’ RA, berkata:

موتُ العالمِ مصيبةٌ لا تجبرُ، وثُلمةٌ لا تُسدُّ، ونَجمٌ طُمِسَ، موتُ قبيلةٍ أيسرُ من موتِ عالمٍ

Maksudnya: “Kematian seorang alim merupakan musibah yang tidak tertanggung dan patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya, seolah-olah bintang yang terpadam cahayanya dan mati satu qabilah atau kaum lebih ringan daripada mati seorang alim.”

Riwayat al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (1/206)

Selamat jalan wahai Syeikhul Ummah. Pemergianmu ditangisi dunia dan seisi. Moga bersua satu hari nanti di negeri yang abadi.

Post a Comment

0 Comments