Ticker

6/recent/ticker-posts

Main Game Online Secara Percuma di Plays.org Tanpa Iklan

 Main Game Online Secara Percuma di Plays.org Tanpa Iklan | Kalau korang yang jenis suka main game, aku rasa inilah website yang terpaling bagus untuk korang.

plays.org


Kalau korang kaki game memang aku rekemen sangat untuk korang main game secara percuma di Plays.org ni.Dah la game online percuma, korang takkan diganggu dengan iklan pulak tu.

Pertama kali diperkenalkan website Plays.org ni, bukan sahaja aku je yang main, malah anak-anak pun ikut sama suka dengan online game ni.

Paling leceh kan bila main game online ni bila tiba-tiba dah seronok bermain, ada pulak timbul iklan yang tak berhenti-henti.Nak tunggu iklan tu habis punyalah lama.Sampai naik bosan menunggu iklan tu habis.

Mesti korang tak tau lagi pasal plays.org ni dan kenapa ia sangat digemari oleh ramai pemain games.Meh aku share serba sedikit tentang plays.org ni.

APA ITU PLAYS.ORG

Plays.org adalah sebuah website yang menyediakan games online secara percuma dan menyeronokkan.Terdapat lebih 200 jenis permainan game atas talian yang menyerobokkan dan juga yang lebih penting adalah bermain tanpa bayaran dan juga iklan.

Laman web ini dikuasakan menggunakan perisian blogging WordPress yang hebat dan beberapa plugin untuk membantu mengatur struktur laman web dan menambahkan ciri seperti penilaian permainan. Saya pernah menghadiri persidangan dengan pengasas WordPress dan makan siang dengannya. Sungguh mengagumkan melihat sejauh mana mereka berkembang dalam dekad yang lalu.

Sebilangan besar permainan kami dibina sebagai aplikasi web JavaScript ringan. Mereka memerlukan sedikit masa untuk memuatkan pada mulanya (terutama melalui wifi atau sambungan selular) tetapi setelah anda memainkan permainan, permainan ini harus disimpan dalam penyemak imbas web anda untuk jangka masa yang lama menjadikan permainan seterusnya lebih pantas. Sekiranya anda tahu ada permainan yang anda mahu mainkan di telefon anda dalam perjalanan dan cuba berjimat dengan data anda, kemudian muatkan permainan di rumah sebelum keluar dalam perjalanan anda.

Tema blog dikodkan dari awal oleh pengasas laman web menggunakan reka bentuk yang dibuat oleh pereka web kami. Anda dapat mengetahui dari tahap terperinci dalam grafik header pereka frontend utama kami lebih gemar bermain permainan daripada pengasas laman web ini.

Di dalam website Plays.org ni beratus kategori game yang korang boleh pilih.Semuanya best-best belaka.Nak games yang dulu-dulu, terkini, semuanya ada tau.

plays.org

Nampak tak kategori-kategori games yang ada kat sini.Korang boleh je nak main dekat laptop, mobile atau di mana-mana sekalipun.

Games legend yang aku selalu main dulu pun ada tau.Soilatare ni kan dah lama ada kan.Hah, itu memanng menjadi kesukaan aku dah.

Dan kalau nak rileks-rileks kan otak tu, selalu aku main search puzzle jelah.Itu pun seronok.

Yang ni paling suka, siap bookmark lagi tau.Jadi bila-bila bosan bolehla bermain.

Kalau tak tau macam mana nak main permainan ni, ada ditunjukkan cara untuk bermain.


Mudah kan, yang penting takdelah timbul iklan yang buat kita sekejap je boring.Bukan boring main game, tapi boring dengan kemunculan iklan-iklan yang banyak tu.

Jadi lepas ni boleh la korang pun main sama permainan online ni.Mudah dan takde iklan.

Layari website : Free Online Video Games 


Post a Comment

0 Comments