Ticker

6/recent/ticker-posts

AINA ABDUL JUARA AJL 2022 (Anugerah Juara Lagu 37)

AINA ABDUL JUARA AJL 2022 (Anugerah Juara Lagu 37) | Tahniah Aina Abdul dinobatkan menjadi Juara AJL musim ke 37 ini. Semua peserta begitu sengit bertanding untuk kali ini akhirnya rezeki sudah tertulis dengan lagu Terus Hidup dendangan Aina Abdul menjadi pemenangnya & membawa wang tunai RM100,000 beserta trofi. Selain memenangi Juara dalam AJL ini ia juga memenangi Anugerah Penyayi Vokal Terbaik menerusi lagu Terus Hidup yang berjaya membawa pulang RM12,000 berserta trofi. 

AINA ABDUL JUARA AJL 2022 (Anugerah Juara Lagu 37)


Tempat kedua pula telah dimenangi oleh lagu Suatu Malam Di Temasek dendangan Joe Flizzow dan SonaOne, ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.


Tempat ketiga pula telah dimenangi oleh lagu Kenangan Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis/lirik Alif, Shah Shamshiri dan Romeo meraih tempat ketiga, dengan RM30,000 berserta trofi. 


Kategori Persembahan Terbaik telah dimenangi oleh Shiha Zikir menerusi lagu Irama ciptaan Qie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves sekali gus berjaya meraih RM12,000. 


Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa pula telah dimilik oleh Khai Bahar dengan meraih hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi. 


Anugerah Juara Lagu ini telah diserikan lagi oleh pengacara yang paling gempak iaitu Sherry alhadad & Jehan muse. Persembahan finalis² lain pun mantap sangat..Paling aku terkesima bila Marsha Milan membuat persembahan macam nak terkeluar anak tekak bila dia tarik lagu tu panjang betul..Memang mantap la..Tapi nak buat mcm mana rezeki dia tiada untuk tahun ini..

Tahniah utk semua pemenang & para artis yang turut serta..Semoga tahun hadapan boleh cuba lagi & industri muzik kita terus sukses dimasa hadapan..



Post a Comment

0 Comments