Ticker

6/recent/ticker-posts

DRAMA ANDAI ITU TAKDIRNYA - SLOT MEGADRAMA ASTRO RIA

DRAMA ANDAI ITU TAKDIRNYA - ASTRO RIA | Drama yang di nanti-nanti hasil karya adaptasi dari novel Andai Itu Takdirnya pasti membuatkan peminat drama tak sabar nak tunggu cerita ini disiarkan. Drama Andai Itu Takdirnya ini akan bersiaran pada 6 March 2023 di slot Megadrama Astro ria & strim di Astro GO pada setiap hari Isnin - Khamis, 10 malam. Drama Andai Itu Takdirnya 1 & 2 ini akan di mainkan full dalam 60 episode..


JUDUL: Andai ltu Takdirnya
Tonton Full Episod: 1-60
Tarikh Tayangan: Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Slot MegaDrama, Astro Ria
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali
Pe Barisan pelakon Andai Itu Takdirnya ngarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd

Barisan pelakon Andai Itu Takdirnya

🍀shukriyahaya 
🍀hannahdelisha 
🍀puterisarahliyana
🍀dayangareeda 
🍀idzham_ismail 
🍀esmadaniel
🍀razman_mahayuddin 
🍀safurashah
🍀therealatikahsuhaime 
🍀fahrinahmad_fa 
🍀errypu7ra
🍀harizhamdann 
🍀aktorzulkifli 
🍀aidakhalida11
🍀makengkufridah 
🍀lailanasirofficial 
🍀dhia_ly_official dan ramai lagi..

Sinopsis Andai Itu Takdirnya 1

Aleya, seorang gadis berasal dari keluarga
sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan
kuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia. Hidup dia yang kaya menjadikan Syed Aiziril seorang yang berlagak dan sombong.

Tanpa di duga telah berlaku satu insiden yang
menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat. Syed Aizril tidak boleh terima dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata hendak hidup senang. Syed Aizril dan Aleya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya, Encik ldris begitu kecewa, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya. Ibu bapa Syed Aizril sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima. 

Puan Sri Sharifah Aishah mama Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan emak saudaranya, Sharifah Rosnah. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin, yang sepatutnya menjadi isteri Syed Aizril begitu kecewa. Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya. Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan namun mampukah Aleya memaafkan semula lelaki yang telah menyeksa kehidupannya tanpa belas?

Sinopsis Andai Itu Takdirnya 2

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali, Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!
Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja. Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya! Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Andai ltu Takdir-NYA, Aleya redha.

P/s: Tak sabar nak tunggu drama ini start hari nie..😍😍

Post a Comment

0 Comments