Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadan 2023 - Sajian Desa Ramadan di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Buffet Ramadan 2023 - Sajian Desa Ramadan di Holiday Villa Johor Bahru City Centre | Tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadan 2023, korang dah ready nak sambut ramadhan?? Seronok dapat berkumpul bersama keluarga buat ibadah, sahur &iftar bersama-sama sepanjang bulan puasa. Bulan puasa ini banyak buffet ramadan dan pelbagai jenis makanan akan menjadi hidangan ketika berbuka. Korang dah list kan ke dekat mana tempat menarik untuk korang nikmati time iftar nnt. 





Untuk ramadhan preview yang pertama aku pergi di Holiday Villa Johor Bahru City Centre. Disini ia menyediakan makanan betemakan SAJIAN DESA RAMADAN. Tahun ini tema yang dibawakan lebih kurang sama dengan tahun lepas iaitu masakan kampung, cuma kali ini dinamakan masakan desa pula.. Ada pelbagai menu-menu desa yang dihidangkan pasti membuatkan selera korang terbuka untuk mencubanya seperti Sup Merah Gear Box, Nasi Beryani Kambing, Kambing Golek, Rendang Tok, Kepah Cili Api, Ayam panggang, Kari Penang Kepala Ikan Salmon, Satay, Murtabak, Roti John, Laksa Johor, Bubur Lambuk & macam-macma lagi.




Paling aku suka sangat ialah Sup Merah Gear Box sedap makan dengan roti. Sekali 2 ketul aku amik letak dalam pinggan , kemudian chef akan tuangkan kuah nya. Tekstur kuah nya well done, kuah nya tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair sedap hirup sup sambil aku meratah daging yang melekat di tepi tulang tu. Lama tak makan kira lepas la mengidam aku nak mkn gear box kambing.. 




Untuk lauk-lauk panas pula ia menyediakan menu seperti Daging masak hitam, Kari Penang Kepala Ikan Salmon & kepah masak cili api. Menu-menu ini memang menjadi salah satu favret aku..Lagi-lagi bila aku jumpa kepah, memang time makan tak pandang kiri kanan..



Selain menu ini, satay pun dia orang ada juga sediakan. Sedap satay kat sini makan panas-panas cicah dengan kuah satay & mkn bersama timun dan bawang amboii..memang menyelerakan. Cepat habis satay kat sini, ramai jugak peminat satay yang suka dengan satay yang disediakan disini. Chef baru jer letak kejap jer dah licin..HeHe


Tak lengkap rasa bila buka puasa tak makan bubur lambuk, bubur lambuk kat sini menjadi salah satu pilihan aku utk rasa, bubur kan sini menjadi favret aku bila rempah dalam bubur lambuk yang dimasak sedap memang berasa. Rasa bubur tu memang kena dengan tekak aku. Habis bubur semangkuk aku habis kan masa tu..Rasa macam nak tambah lagi apakan daya perut dah full Jom aku jamu korang dengan gambar menu yang disedikan kat buffet ramadan ini.





Dekat sini ada pelbagai stall seperti stall wafer, stall cotton candy, stall jajan, stall teh tarik, stall minuman, stall murtabak & roti john, stall goreng-goreng pun ada korang. Stall goreng-goreng nie korang boleh pilih nak pisang goreng, keledek goreng atau keropok lekor..Sedap makan panas-panas pekena pula dengan sambal kicap johor memang buat aku tak berhenti nak makan..HaHa



Aku belum lagi cerita pasal pencuci mulut ada macam-macam jenis pencuci mulut seperti Serawa Durian, Durian Goreng,kuih-muih,kek, pastry, puding & jelly. Korang boleh la sambung makan selepas selesai solat maghrib..Macam mana berbaloikan kalau dapat beli voucher time early bird. Nak tau berapa harga boleh la lihat detail kat bawah ini.

꧁•⊹٭๐™ฑ๐š„๐™ต๐™ต๐™ด๐šƒ ๐š๐™ฐ๐™ผ๐™ฐ๐™ณ๐™ท๐™ฐ๐™ฝ ๐Ÿธ๐Ÿถ๐Ÿธ๐Ÿน٭⊹•꧂
๐Ÿ“ŒFern Pine Cafe, Holiday Villa Johor Bahru City Centre
⏰️6.30pm ~ 10pm

๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ…”๐Ÿ…๐Ÿ…ก๐Ÿ…›๐Ÿ…จ ๐Ÿ…‘๐Ÿ…˜๐Ÿ…ก๐Ÿ…“ ๐Ÿ…Ÿ๐Ÿ…ก๐Ÿ…ž๐Ÿ…œ๐Ÿ…ž
๐Ÿ’ฐRM118 nett per Dewasa
*Beli voucher sehingga 1 Feb 2023*

๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…พ๐Ÿ†๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ป ๐Ÿ…ฟ๐Ÿ†๐Ÿ…ธ๐Ÿ…ฒ๐Ÿ…ด
๐Ÿ’ฐRM158 Nett 
๐Ÿ‘จ๐Ÿง•Adult
๐Ÿ’ฐRM108 Nett 
๐Ÿ‘ด๐Ÿ‘ตSenior Citizen (>60thn)
๐Ÿ‘ซChild (5~11thn)

Utk tempahan hubungi
☎️ +607-2903367/ +60166794278

๐Ÿ•ŒRuang solat disediakan



Post a Comment

1 Comments

  1. Ehh, lamanya tak makan durian goreng! Kat sini pun saya suka sebab banyak jugak menunya yer ❣️

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.