Ticker

6/recent/ticker-posts

Rasai Kelazatan Dinner Buffet Middle East di Renaissance Hotel Johor Bahru

Rasai Kelazatan Dinner Buffet Middle East di Renaissance Hotel Johor Bahru| As'salam semua hujung minggu lepas aku berkesempatan dapat berkumpul² dengan geng² blogger menikmati menu buffet dinner di Renaissance Johor Bahru Hotel.. Rindu tak jumpa dengan dia orang semua almaklum la masing² busy dengan tugas & tanggung jawab masing².. So aku gunakan la masa yang terluang untuk menyantuni kawan² sambil makan kita borak² dengar kisah² cerita kehidupan masing²..HaHa


DINNER BUFFET MIDDLE EAST!!

Sebelum sambung borak² aku nak share dengan korang menu dinner buffet yang aku makan kat Renaissance Johor Bahru Hotel nie.. Kalau korang nak tau untuk 3 bulan ini iaitu bulan August, September & October ia membawakan konsep dinner buffet Middle East..Sebut jer Middle East nie terbayang semua menu² yang sedap² di Timur tengah yang bermain difikiran aku nie seperti Shawarma, Nasi Kabsah dan yang paling penting sekali dessert dari Timur Tengah memang la sedap² semua nya..Sampai aku pun jadi rambang mata nak pilih mana dulu untuk aku mula kan sesi mengunyah sampai kenyang..haha๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


NASI KABSAH & IKAN SIAKAP SAMAK HARRAH

Untuk menu utama aku cuba la dengan Nasi Kabsah Kambing dengan menu signature disini iaitu Ikan Siakap Bakar Berempah Samak Harrah..Menu ini paling aku recommanded wajib cuba. Nasi dia moist dan sedap sangat sebab ia punya rempah dan campuran air dari kambing tu menyempurnakan kesedapan Nasi Kabsah ini. Ikan Siakap Samak Harrah pula perapan rempah meresap kedalam ikan dan membuatkan ikan tu rasa lembut dan moist jer bila dimakan. Masa aku makan tu kejap jer ikan nie dah habis korang tapi jangan risau chef tersus top up yang baru..๐Ÿ˜Š๐Ÿค—



MENU MIDDLE EAST HOT DISHES

Sebut jer menu hot dishes nie sudah pasti nya menu-menu yang paling terhangat wajib korang cuba iaitu 

CHICKEN MOSAKHAN (Ayam bakar dengan bawang & Sumac spices)


LAMB MANSAF (Herba Kambing dimasak dengan yougurt sos)


SAMAK BIL FERN (Ikan bakar dengan rempah arab & lemon)


BATATA HARRA (Rempah Labanese pedas & kentang)


MIDDLE EAST PIZZA

Untuk peminat pizza korang mesti kena cuba menu pizza disini. Terutamanya Pizza kambing iaitu Manakeesh Arabic Lamb chef hidangkan tau. Bukan senang nak jumpa pizza kambing..HeHe Korang juga boleh cuba pizza Paneer Tikka Masala nie sedap tau..๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹



ALFRESCO ACTION STALL

Kalau korang smpai jer area meja makan mesti korang akan nampak stall berderet kat luar tu.. Stall kat situ menghidangkan menu bakar-bakar seperti 


MIDDLE ESTERN MIX GRILLED ia menghidangkan menu yang di grill seperti Udang, Sish Tawook, Sish Kebab, Kofta. Korang boleh makan bersama sos gravy seperti Yogurt Garlic,ketchup,Tahini sauce & Barbeque sauce. Korang juga boleh la cuba makan bersama roti naan pun ada juga disediakan.


LAMB MANDY STALL ia menghidangkan kambing bakar yang dibakar panas-panas ia boleh dimakan dengan pelbagai gravy sos & boleh dimakan dengan salad campur.


SHAWARMA STALL ia menghidang menu paling diminati ramai iaitu shawarma yang korang boleh makan panas-panas. Korang boleh pilih sama ada nak shawarma ayam atau kambing๐Ÿ˜


SATAY STALL juga ada disediakan bagi penggemar satay tegar boleh la cuba makan disini sebab satay & kuah nya memang menjadi favret aku bila berkunjung disini.

INDIAN MASALA TEA nie klau ada stall nie korang mesti cuba sedap air masala tea dia..Minum panas-panas memang surrrr..๐Ÿคญ

ANEKA HUMUS & APPETIZER

Bila dah rasa kebab korang mesti cuba makan bersama-sama humus pula. Pelbagai jenis humus seperti Humus Pumpkin, Roasted Beetroot Humus, Roasted Red Pepper Humus, Tex-Mex Humus & Classic Garlic Humus.


Appetizer nie sesuai kalau korang nak ratah-ratah macam tu sahaja. Korang boleh cuba Roasted Lamb with raita salad, Mediterranean shrimp salad, cucumber & pamogranate salad, roasted cauliflower with tahini, & Lebane potato salad.


MIDDLE EAST DESSERT

Tak lengkap kalau tak cuba rasai kesedapan dessert dari negara Timur Tengah ini. Bermacam-macam jenis dessert korang boleh cuba dari dessert yang rangup sampai la yang berkuah semua pasti menaikkan selera korang untuk merasa. Almaklum la bukan senang nak dapat dessert mcm nie kann.. 





Jenis-jenis dessert yang korang harus cuba ialah Baklava Asieh, Baklava Awana, Plain Kunafa Cake, Basbosa Semolina Cake, Umm Ali Brewad Pudding, Mahalbiyah Milk Pudding, Keshkul almond Pudding, Baklava Baram, Baklava Nest, Warbat cake with cream, Cheese Kunafa cake, Baklava Turkish Pistachio & Balahasham Cookies.

KESIMPULAN REVIEW

Macam mana korang dah pilih menu apa yang korang nak cuba dulu. Banyak kan menu yang sedap-sedap. Kalau korang tanya mana yang paling sedap, bagi pendapat aku semua menu kat sini sedap dan kena dengan citarasa aku. Menu yang aku repeat banyak kali ialah Kofta sebab aku memang terpaling favret dengan menu berasaskan daging so memang menu tu jer yang aku cari..HeHe๐Ÿ˜Š๐Ÿค— So korang kalau nak plan makan dengan keluarga tersayang boleh la booking sekarang..Keterangan lanjut boleh lihat detail dibawah.


๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ธ๐Ÿ…ณ๐Ÿ…ณ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†‚๐Ÿ†ƒ
๐Ÿ…ณ๐Ÿ…ธ๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…ด๐Ÿ† ๐Ÿ…ฑ๐Ÿ†„๐Ÿ…ต๐Ÿ…ต๐Ÿ…ด๐Ÿ†ƒ
๐”ธ๐•Œ๐”พ|๐•Š๐”ผโ„™๐•‹|๐•†โ„‚๐•‹
๐Ÿ—“ Sunday to Thursday
⏰️ 6:30pm to 10:00pm
๐Ÿท RM108 nett per adult
๐Ÿท RM54 nett per children (6 to 12 years old)

๐Ÿ—“ Friday & Saturday
⏰️ 6:30pm to 10:00pm
๐Ÿท RM158 nett per adult
๐Ÿท RM79 nett per children (6 to 12 years old)

✨ 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member

๐Ÿ“ฒ wa.me/60177713327
๐Ÿ”— bit.ly/TableAppCafeBLD
๐ŸŒ cafebld.com/specials

#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #fromthetable #bloggerjohor #foodreview #JDTBlogger 




Post a Comment

0 Comments