Ticker

6/recent/ticker-posts

Nikmati Hidangan All Day Ala Carte di Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Nikmati Hidangan All Day Ala Carte di Muara Steamboat & Grill Senibong Cove | As'salam korang yang baru sampai Pasir Gudang. Tengah hari makan apa tu?? Ada yang mencari tempat makan yang sedap & boleh nikmati suasana yang tenang ketika makan tengah hari, petang atau malam. JOM aku bawa korang makan di Restoran Muara Steamboat & Grill yang bertempat di Senibong Cove JB. Ia menghidangkan makanan yang premium dan segar pasti membuat korang rasa nak repeat lagi.


MUARA STEAMBOAT & GRILL SENIBONG COVE 

Kalau korang nak tau restoran Muara Steamboat & Grill nie menghidangkan steamboat premium yang segar terus kemeja korang tau..Pelbagai jenis Seafood, ayam, daging & sayur dihidang kan segar bila korang membuat pesanan. 


Korang tak payah susah-susah nak bangun amik makanan korang seperti restoran steamboat biasa yang korang kena layan diri & semua makanan diletakkan disuatu tempat untuk korang ambil sendiri. 



Berbeza disini korang hanya perlu membuat pesanan bila korang nak tambah hidangan. Korang juga boleh makan sebanyak mana korang larat nak makan, yang penting tiada pembaziran ketika membuat pesanan. Itu la konsep sebenar Muara Steamboat & Grill yang memberikan servis layanan yang terbaik bila korang berada disini.

ALL DAY  YOU CAN EAT ALA CARTE MENU

Disini bukan steamboat sahaja yang dihidangkan. Korang juga boleh menikmati ala carte menu seperti makanan panas atau menu nasi berlauk. Ia nya boleh dinikmati sama ada makan tengah hari atau makan malam. 





Kelmarin aku berkesempatan merasai makan malam disini. Aku cuba lah menu ala carte disini. Menu yang aku oder masa itu ialah sotong bakar sambal, daging mask halia, udang nestum mentega, sotong goreng rangup, ayam serai, ikan kukus limau, kangkung goreng belacan, kerabu mangga, daging salai lemak cili api, gulai kambing & sup tulang pedas. Sebut jer menu nie teringat balik kesedapan yang tak dapat aku gambarkan..HaHa Semua menu nie memang membuka selera aku bila makan disini.


Menu ala carte yang aku suka kat sini ialah sup tulang pedas. Majoriti kawan aku yang lain pun suka akan sup tulang pedas ini. 


Yang kedua Sotong sambal dia sedap korang..Terasa kelembutan sotong yang dibakar dengan sambal yang sedap resepi istimewa dari muara.


Kalau korang suka kan menu yang bersantan boleh la cuba Daging salai emak cili api. Hidangan yang disaji kan banyak boleh la makan utk 2 orang. Rasa daging dan kuah lemak nya sedap & pekat. Berbaloi la dengan citarasa premium yang dibawakan.


Menu wajib korang cuba disini yang paling aku recommanded ialah Nasi Goreng Kampung Seafood..Memang sedap rasa nasi goreng nie ditambah pula dengan udang besar² syok betul makan..😊🤗 Kawan aku panggil nasi goreng udang selambak..HaHa🤣🤣

PEMANDANGAN YANG INDAH 

Kalau korang tanya aku apa lagi yang menarik disini?? Aku akan sebut pemandangan yang indah diwaktu malam. Ya korang aku tak tipu pemandangan diwaktu malam disini sangat cantik. Korang boleh lihat pemandangan negara seberang ya itu Singapura. Pemandang lampu & laut membuatkan ia nya nampak indah untuk korang OOTD.





HIBURAN LIVE BAND?

Pada waktu malam korang akan dihiburkan juga dengan persembahan live band yang lunak merdu. Mesti korang terhibur sambil makan lepak-lepak tengok pemandangan dengan lagu yang best-best mesti healing jer rasa..HeHe


CARA NAK BUAT TEMPAHAN

Kalau korang nak buat tempahan lanjut untuk majlis meraikan seseorang atau makan bersama keluarga boleh la lihat detail lanjut di bawah ini..

🍀Menu-menu All-Day Ala-Carte ni memang ada setiap hari TETAPI pada hari Khamis sehingga Sabtu, korang MESTI makan set Steamboat & Grill, then barulah boleh order menu menu ala-carte yang lain.
🍀Hari Ahad sehingga Rabu, korang boleh pilih samaada nak makan Steamboat ATAU menu Ala-Carte.

📋Untuk pertanyaan dan tempahan meja boleh lihat detail dibawah ini..👇👇
📌Muara Steamboat & Grill Senibong Cove
📱Whatsapp: wa.link/mjrOqu
⏰️Di buka SETIAP HARI: 12pm- 11pm
🚗Waze: https://waze.com/ul/hw23b6tzpb

📣📣Sila buat tempahan meja sehari sebelum atau sekurang² nya 5 Jam sebelum Walk-In..😊🤗


Post a Comment

2 Comments

  1. Best makan sini, view pun nice..siap ada live band 😍

    ReplyDelete
  2. Many locals view buggy rides as a celebration of their unique landscapes, and the activity has become intertwined with the cultural fabric of the city.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.