Teleport, Syarikat Logistik AirAsia, Memperluas Perkhidmatan ke 70 Bandar di Asia Tenggara Teleport, Syarikat Logistik AirAsia, Memperluas Perkhidmatan ke 70 Bandar di Asia Tenggara - Siti Suziana Dot Com

Teleport, Syarikat Logistik AirAsia, Memperluas Perkhidmatan ke 70 Bandar di Asia Tenggara

Teleport, Syarikat Logistik AirAsia, Memperluas Perkhidmatan ke 70 Bandar di Asia Tenggara

Teleport sedia mebuat penghantaran kepada anda.

Kuala Lumpur, 23 November 2020 - Teleport, syarikat teknologi logistik milik AirAsia telah melengkapkan pelancaran perkhidmatan penghantarannya ke 70 bandar di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina dalam masa 30 hari.

Pengembangan ini membolehkan Teleport menawarkan perkhidmatan penghantaran daripada para peniaga dan syarikat di bandar-bandar ini kepada pelanggan mereka dalam masa satu jam sahaja. Teleport boleh menghantar apa sahaja, daripada makanan, barangan runcit, dokumen, bunga-bungaan dan juga dobi.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata: “Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran mudah, cepat dan berpatutan untuk semua orang. Kami juga memberi jaminan untuk melengkapkan penghantaran dalam masa satu jam, dan berharap langkah ini dapat membantu semua peniaga dan perniagaan tempatan. Selain itu, kami juga akan menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres 24 jam antara bandar dan penghantaran rentas sempadan tidak lama lagi.

Menjelang tahun hadapan, matlamat kami adalah untuk membolehkan anda menghantar apa sahaja dengan serta-merta ke destinasi AirAsia dengan hanya satu klik.” 

Di Malaysia, perkhidmatan Teleport kini tersedia di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang dan Melaka.


Teleport kini berada di 17 bandar disekitar Malaysia

Untuk mendaftar dengan Teleport, layari http://teleport.asia/deliverforme atau hubungi citylaunch@teleport.asia untuk maklumat lebih lanjut.

***

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari AirAsia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.


Post a Comment

3 Comments

  1. Eh kenapa post ko tiberr jadi ke tengah tu Sizie hehehehe..
    Jom le mendaftar, bagus ni, kat Johor pun ada...

    ReplyDelete
  2. dah boleh join gang dengan j&t, poslaju, dhl dan sebagainya...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.