Resepi Dumpling goreng by suzie


RESEPI DUMPLING GORENG by Suzie||Bila tiba masa cuti macam-macam plan aku nak buat. Kadang-kadang apa yang dirancang tu jadi atau tak je. Kali nie mood aku tiba-tiba terlebih rajin. Aku tergerak nak buat DUMPLING GORENG. Aku terus menuju ke dapur untuk sediakan semua barang-barang. Nasib baik aku dah beli kulit dumpling. Sebenarnya dah lama dah  beli cuma tak buat-buat je..😅😅

Kat bawah nie aku kongsikan dengan korang resepi untuk membuat dumpling cara aku.😊🤭🤗


RESEPI DUMPLING GORENG by Suzie

2 pek Kulit dumpling / wantan (beli dah siap)

INTI;-
2 keping dada ayam (yang telah di potong kecil²)
10 ekor Isi udang
1 sudu Sos ikan 
2 sudu Sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 batang Carrot (di potong kecil)
1 batang Daun bawang (cincang)
1 batang Daun ketumbar (potong kecil masukkan sekali akar nya)
4 biji Bwg putih (cincang)
1 sudu kecil serbuk Lada sulah
2 sudu besar Tepung ubi

CARA-CARA;-
*Kisar semua dada ayam, isi udang & bahan-bahan yang lain.



*Selepas itu boleh la gunakan inti untuk dibungkuskan dengan kulit dumpling / wantan.
*Sapu keliling kulit dengan air untuk memudahkan ia melekat.


*Bila dah selesai buat boleh lah goreng dumpling di dalam minyak yang panas. Goreng dumpling sampai tenggelam dalam minyak ya. 



*Apabila sudah perang boleh la diangkat dan dihidangkan bersama dengan sos thai atau sos cili.

Korang jangan lupa try tau. Confirm tak cukup 1 korang makan. Sampai disini je yang dapat aku kongsikan. Terima kasih sudi singgah baca blog aku ya. Bye..😊🤗👋👋




Post a Comment

7 Comments

  1. dah lama tak buat dumpling, tiada kerajinan, beli yg siap aje

    ReplyDelete
  2. Sedapnolak tgk memalam ni....Hish..hahaha.. tQ share....Nona memang tak pernah try.. boleh save dulu untuk kemudian hari cubaa.. hoho..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. sisyat tak pernah lagi try buat dumpling ni. Kena p cari kulit die dulu. Nanti cuba buat sendiri 😊

    ReplyDelete