Makan malam buffet di Dine @ Eight, Holiday Inn Johor Bahru


MAKAN MALAM BUFET BERSAMA KELUARGA DI DINE @ EIGHT, HOLIDAY INN JOHOR BAHRU|| Pada Jumaat lepas aku dan suami berkesempatan pergi makan malam di Holiday Inn Johor Bahru. Kalau korang nak tau pada hari yang aku pergi tu Hotel Holiday Inn ini baru dibuka selama 23 hari. Hotel ini terletak di tingkat 7 bangunan Johor Bahru City Center (JBCC). Sampai je disana kami masuk dan terus ke lobby area yang terletak di tingkat 8 dan terus menuju ke Cafe Holiday Inn iaitu DINE @EIGHT. Di sana aku terpukau dengan dekorasi didalam café sangat cantik dan selesa bila nak makan dan berborak-borak santai.






Pada hari itu mereka menyediakan buffet berkonsepkan "Family Friday Buffet Dinner"yang lebih menarik lagi ia menyediakan bahagian untuk "Little Kids Station" mesti anak-anak seronok mereka boleh pilih makanan kesukaan mereka sendiri. 


Ia juga ada menyediakan "Pizza Signature" yang segar dari oven. Meriah tau bila time pizza dah keluar oven. Korang akan dengar loceng ice cream berbunyi yang di mainkan oleh chef disitu menandakan pizza dah keluar oven dan sedia untuk dimakan.







Tak lupa juga ia ada menyediakan menu lain seperti hidangan antarabangsa dan juga tempatan seperti kuih-muih ketayap, onde-onde, kuih koci, aneka kuih talam, kek-kek dan lain-lain lagi.









Bagi yang memang makan nasi bila makan malam jangan risau aneka lauk-pauk yang disediakan untuk dimakan bersama nasi.










Untuk yang suka makan kudap-kudapan boleh lah makan satay bersama nasi impit, timun, bawang dan kuah kacang yang sedap itu. Capati, Roti Naan & Roti Canai juga disediakan dengan pelbagai kuah mengikut citarasa anda. Daging, Ayam & Ikan panggang pun ada tau.




Untuk yang vegetarian ada juga menu untuk yang makan sayur je tau.



Dekat sini ia ada menghidangkan makanan panas seperti Char kuew tiau goreng & Mee goreng sedap- sedap tau. Lain dari yang lain tau rasa nya memang aku recomanded. 


Kita wefie sebagai tanda sudah smpi di Holiday Inn JBCC..😊🤗🤭😅🤣🤣


Setelah selesai menjamu selera tak sah klo tidak menikmati secawan coffe latte panas sebelum berangkat pulang..hehe😊🤗🤭☕☕

FRIDAY DINNER BUFFET AT DINE @ EIGHT CAFE HOLIDAY INN JOHOR BAHRU

Every Friday & Saturday (6.30pm to 10pm only)

PRICE =>  RM 98 NETT PER PERSON (ADULT)

                   50% PER PERSON (CHILD 6-12 years old)

                  30% PER PERSON (SENIOR CITIZEN ABOVE 60 years old)

LIMITED TIME OFFER!! BUY 3 FREE 1

Untuk tempahan & keterangan lanjut ,
☎️607 207 8888
📧holidayinn.com/johorbahru


Post a Comment

9 Comments

  1. dessert conner, i wont move on from dessert conner!

    ReplyDelete
  2. Ini betul-betul rambang mana nak makan apa. Fuh, nak makan semua boleh? Haha

    ReplyDelete
  3. Uishhh banyaknya menu. Ena paling aim part dessert hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suzie pn sama dessert tu yg paling suka..tapi dessert mkn last sekali..

      Delete
  4. Rindulah nak makan buffet lepas ni kann.. kena tunggu keadaan reda barulah boleh..harap bertabahlah semua hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena la sabra sis..hope lps nie covid -19 cepat berlalu...Aaminn

      Delete