Kambing Panjat tebing??!! Kambing Panjat tebing??!! - Siti Suziana Dot Com

Kambing Panjat tebing??!!

Kambing Panjat tebing??!! 




Bila dengar je tajuk mesti ada yang terfikir macam mana kambing panjat tebing kan..Dah la haiwan ini berkaki empat..Tebing tu pun bukan biasa-biasa tau..Jenis curam punya tebing..Bila aku cari info baru aku tau kambing jenis ini memang panjat tebing-tebing, gunung, dan empangan yang curam untuk selamat diri dari pemangsa.

Kambing Ibex



Kambing yang panjat gunung itu dikenali dengan Kambing Ibex yang hidup dipergunungan Alpine, Amerika Utara. Kambing ini memiliki kuku yang terbelah dengan dua jari kaki digunakan untuk menyeimbangkan badan.

Setiap bentuk kaki dibahagian bawah memberikan cengkaman yang kuat semasa memanjat tebing.

Ia dapat melompat hampi 12 kaki iaitu 3.5 meter dengan 1 lompatan. Kambing ini bukan nya sentiasa berada diatas sahaja. Sesekali ia akan turun kebawa untuk mendapatkan makanan.

Pada musim bunga dan musim panas, kambing ini berhijrah ke kawasan yang lebih rendah dimana terdapatnya tumbuhan konifer dan padang rumput yang merupakan makanan utama kambing itu.


Garam Semulajadi

Selain dari memanjat tebing untuk menyelamatkan diri ia juga perlu mencari sumber garam & mineral untuk mencukupkan keperluan setiap kambing ini. Ia menjilat permukaan batu untuk mendapatkan garam yang terlarut daripada batu tersebut.


Kelebihan garam bukit pada kambing

Bila aku tengok banyak juga kelebihan garam pada kambing ya.. Jom aku kongsikan untuk pengetahuam korang semua..
*Meningkatkan nafsu makan.
*Kambing jantan lebih aktif untuk mengawan.
*Kesihatan menjadi baik kerana ketahanan diri kambing meningkat.
*Terdapat kelainan kepada bulu binatang nampak lebih kukuh dan bersinar.


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.