Khasiat Tempe Yang Anda Perlu Tahu

 KHASIAT TEMPE YANG ANDA PERLU TAHU


Sebut sahaja tempe semua orang sudah kenal apa itu tempe kan. Tempe ini telah menjadi kegemaran penduduk Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia mudah didapati di kedai-kedai dan pasaraya. Ia juga kaya dengan sumber protein kerana ia diperbuat daripada kacang soya. 

Proses untuk membuat tempe perlu dibiarkan semalaman selepas dibungkus dengan daun untuk mebiarkan ia diperam sehingga ia bercantum dan terjadi nya tempe. Mesti korang dah bayangkan macam-macam menu yang boleh dimasak dengan menggunakan tempe. Disini aku nak kongsikan khasiat tempe yang korang perlu tahu.

#10 Khasiat Tempe

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicernakan serta baik untuk mengatasi cirit-birit yang berpunca dari keracunan makanan.

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas ia nya baik untuk pesakit jantung.

4. Bagi yang mengalami Anemia kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, unsur-unsur ini ada terkandung dalam tempe.

5. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

lepas nie dah boleh la tmbah menu tempe dalam makanan korang ya. Sampai disini saje info yang aku share. Next time aku share info yang lain pula ya. 

Thanks sudi baca blog aku..


Post a Comment

3 Comments

  1. thank you sharing info ni, sbb tak pernah tau pon.. good learning

    ReplyDelete
  2. feveret tempe goreng cicah sambal kicap.. tak johor la tak makan tempe hahaha

    ReplyDelete