RESEPI DUMPLING GORENG by Suzie||Bila tiba masa cuti macam-macam plan aku nak buat. Kadang-kadang apa yang dirancang tu jadi atau tak je. Kali nie mood aku tiba-tiba terlebih rajin. Aku tergerak nak buat DUMPLING GORENG. Aku terus menuju ke dapur untuk sediakan semua barang-barang. Nasib baik aku dah beli kulit dumpling. Sebenarnya dah lama dah  beli cuma tak buat-buat je..😅😅

Kat bawah nie aku kongsikan dengan korang resepi untuk membuat dumpling cara aku.😊🤭🤗


RESEPI DUMPLING GORENG by Suzie

2 pek Kulit dumpling / wantan (beli dah siap)

INTI;-
2 keping dada ayam (yang telah di potong kecil²)
10 ekor Isi udang
1 sudu Sos ikan 
2 sudu Sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 batang Carrot (di potong kecil)
1 batang Daun bawang (cincang)
1 batang Daun ketumbar (potong kecil masukkan sekali akar nya)
4 biji Bwg putih (cincang)
1 sudu kecil serbuk Lada sulah
2 sudu besar Tepung ubi

CARA-CARA;-
*Kisar semua dada ayam, isi udang & bahan-bahan yang lain.



*Selepas itu boleh la gunakan inti untuk dibungkuskan dengan kulit dumpling / wantan.
*Sapu keliling kulit dengan air untuk memudahkan ia melekat.


*Bila dah selesai buat boleh lah goreng dumpling di dalam minyak yang panas. Goreng dumpling sampai tenggelam dalam minyak ya. 



*Apabila sudah perang boleh la diangkat dan dihidangkan bersama dengan sos thai atau sos cili.

Korang jangan lupa try tau. Confirm tak cukup 1 korang makan. Sampai disini je yang dapat aku kongsikan. Terima kasih sudi singgah baca blog aku ya. Bye..😊🤗👋👋