Ticker

6/recent/ticker-posts

Berbaloi lunch oder menu Asian Premium Food dari Renaissance Hotel JB

Berbaloi lunch oder menu take away Asian Premium Food dari Renaissance Hotel JB

As'salam uollss..Syukur Allah masih lindung kita semua dari wabak Covid-19..Paling penting uollss jangan langgar SOP tau.. Angka kes meningkat naik..PKP tak habis² lagi.. Aku kelmarin terpilih untuk vaksin 2nd dose kat pengerang.. Balik je injection perut dah start lapar pulak.. Apa lagi aku pun oder je la menu takeaway.. 

Kebetulan Renaissance Hotel JB buat promosi menu takeaway iaitu ASIAN TEMPTATION SET MENU..Aku pun tertarik nak mencuba set ASIAN PREMIUM SET dengan harga RM98 untuk 2 orang. Uollss oder je dan beritahu yg uollsss nak amik oder jam berapa..Nanti bila uollss dah smpi kat depan pintu masuk tinggal beritahu yang uollss dah ada kat depan hotel dan tunggu sebentar sehingga makanan sampai..Mudahkan.. Uollss tak payah susah² nak turun kereta..hehe😊🤗🤗


Bila aku dah dapat pesanan yang aku oder aku pun terus gerak balik ke rumah..Tak sabar nak makan..Bau je pn dah sedap..HaHa😅😅🤣🤣 Sampai je kat rumah aku pun terus keluarkan dari dalam beg kertas yang diberi.. Tengok beg cantik..sayang nak buang..😅😅

Selesai je susun aku terkejut tengok bekas² makanan nie..betul ke ini oder untuk 2 orang makan..penuh meja uollss.. Aku tengok dah macam makan untuk 4 orang tau..ok jom aku cuci mata dgn gmbr yg boleh membuatkan uollss terliur..😋😋😍😍



MENU MAIN COURSE??

Menu utama untuk set ini dia beri Nasi goreng seafood nenas..Bila aku rasa memang penuh dengan rasa..Ada nenas ada sefood memang sedap..Lauk² dalam set ni dia beri sup ayam cendawan bersantan..rasa nya seperti tom yam masam sedap memang kena dengan nasi..Ia juga ada Ayam penyet, spicy peppery beef, smoked barbeque lamb ribs, butter curry prawn, spicy ocean seafood salad & nyonya chilli clams.








MENU APPETISER??

Untuk menu kudap kudapan..uollss boleh makan chicken char siew quesadilla & rojak pasembor confirm uollss rasa perut full..Aku lepas je habis makan mata dah kuyu² minta tido..hehehe



MENU DESSERT 🍨??

Last menu pulak aku nak bgtau dessert nie lain dari yang lain..So uollss boleh try dessert Sup mangga, sagu & delima. Makan sejuk-sejuk sedap sangat..😋😋 serius uollss aku jadi suka bila makan dessert nie..tak pernah rasa dessert macam nie kat mana² tau..😍😍


CARA NAK ODER??

Mesti korang tertanya² kan..macam mana nak oder menu² yang sedap² macam kat atas nie kan??.. Korang boleh pilih menu mana yg uollss nak try seperti dibawah dan boleh check detail link yang aku share ini..





𝗔𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗧𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗦𝗘𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗨
🔹 Asian Barbecue | RM 68 for 2 persons 
🔹 Asian Street Food | RM 68 for 2 persons
🔹 Asian Hawker Food | RM 98 for 2 persons
🔹 Asian Premium Food | RM 98 for 2 persons

WhatsApp : https://wa.me/60177713327
Order Online : bit.ly/CafeBLDTakeaway
View Menu : bit.ly/RenJBTakeaway

🔺 Semua oder akan dikenakan cas 6% SST 🔺



Post a Comment

0 Comments