Daging Salai Masak Lemak Cili Api

As'salam.. Ari nie suzie nak kongsi resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api my style. Kebetulan masa balik kampung bulan lepas kakak ipar sis bagi daging salai frozen. Mudahkan sekarang sudah ada daging salai frozen yang sudah siap potong nipis-nipis. Kita tinggal masukkan je semudah ABC.πŸ˜ŠπŸ€—  kat bawah nie sis ada share resepi & cara-cara masak. Jom kita tengok bahan-bahan nya..😊

DAGING MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN

500 gm daging salai

1 biji kelapa parut atau santan dalam kotak (sis pakai santan KARA)

2 batang serai - diketuk

6 biji cili api (ikut suka nak pedas atau tak)*

4 biji bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 ketul kunyit hidup*

2 keping asam gelugor

1 helai daun kunyit - dicarik sahaja

1 sudu makan garam atau secukup rasa

1/2 sudu teh gula atau secukup rasa


LANGKAH-LANGKAH

1. Basuh daging & toskan untuk pastikan daging bersih.

2. Bahan bertanda (*) ditumbuk lumat. 

3. Dalam periuk/kuali panaskan minyak, tumis serai kemudian masukkan bahan tumbuk masak hingga naik bau wangi.

4. Masukkan santan, air & asam keping biarkan mendidih api perlahan. Untuk dapatkan warna kuning yang menarik tambah sedikit serbuk kunyit.

5. Masukkan daging salai, garam dan gula secukup rasa serta daun kunyit.

6. Apabila masak tutup api, sedia dihidang.

Sampai disini sahaja resepi yang sis kongsi. Lain kali sis kongsi resepi lain yang sedap-sedap menjadi kegemaran sis sekeluarga.πŸ˜ŠπŸ˜‹πŸ˜

WORDLESS WEDNESDAY : Cafe Latte Tongkat Ali Farm Fresh memang Power!!

WORDLESSWEDNESDAY : Cafe Latte Tongkat Ali Farm Fresh memang Power!! || Jom dapatkan Cafe Latte Tongkat Ali Farm Fresh memang sedap. Rugi uollss tak cuba. Bertenaga sis lepas minum cafe latte tongkat ali nie. Ia boleh jadi pengganti minuman bertenaga yang kurang gula. Bagus untuk orang yang ada kencing manis tapi nak kekal bertenaga. Wanita pun boleh minum juga ya bukan lelaki je tau..πŸ€­πŸ€­πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜‹πŸ˜‹

Salam Aidiladha 2020 || Rezeki dapat buat ibadah korban dengan keluarga

Salam Aidiladha 2020||Alhamdulillah..Tahun nie Allah bagi kita semua menyambut raya haji pada walaupun kita satu dunia diuji dengan wabak Covid-19..Salam Aidiladha 1441 Hijrah untuk semua umat islam yang menyambutnya..
Pada tahun ini family sis sekeluarga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam ibadah korban ini..

Korban di rumah mertua

Korban di rumah nenek 

Suami sis ambil 1 bahagian daripada 7 bahagian untuk seekor lembu..Suami sis korban lembu di kampung halaman di kampung parit baru, parit yusof, Muar , Johor.. Manakala mama & ayah sis amik sorang 1 bahagian. Mereka buat korban di kampung halaman mama sis di Kg Seri Bunian, Pontian, Johor.






Meriah bila dapat berkumpul adik-beradik.. Daging yang siap dipotong ditimbang & dibungkus sekilo²..Selepas dapat kira total hasil daging diperolehi baru lah dibahagi sama rata pada yg mengambil bahagian dalam ibadah korban ini..







Bila dh berkumpul semua bermacam² juadah di masak untuk menjamu adik beradik, jiran², rakan² yang sama² tolong untuk memeriahkan ibadah korban ini.. Mcm² menu ada..Rendang Ayam, rendang daging, sambal udang, sayur lodeh, pulut cicah serawa durian & ubi rebus & sambal ikan bilis..Sis makan smpai repeat bnyk kali tau..πŸ˜…πŸ˜…






Seronok dapat berkumpul & berborak tanya khabar bagai..Pada hari korban tu kami pula mengenakan baju sedondon utk ahli keluarga belah husband..Kaum lelaki pakai baju t-shir yang ditempah khas oleh kak ngah..Manakala baju kaum perempuan adik sis beli baju kurung sedondon jenama Sabella yang tengah famous tu..Best pakai tau..Tq atam tolong oderkan utk kita orang  semua..😍😍πŸ₯°πŸ₯°


Tapi kan family husbnd sis de sorg yg tak dapat join yang berada nun di Lahad datu.. sebab cuti tak panjang xdpt nak balik kampung untuk sambut ibadah korban sama²..InsyaAllah tahun depan kita kumpul sama² ya mak teh pak teh & auni comel..πŸ˜ŠπŸ€—

Semoga ibadah korban kali nie beri manfaat & rahmat untuk kita semua..Untuk uollss yg terasa nak buat ibadah korban boleh la start menabung dari sekarang.. Senang nanti dh tiba masanya dh boleh bayar utk sebahagian nama bila nak korban..so uollss tak kan rasa terbeban nak keluarkan selepuk duit bila nak bayar nnt..

Ok..lah smpai disini coretan sis utk kenangan ibadah korban tahun 2020 nie.. Tq juga utk uolllss yg sudi baca blog sis ini ya..😊😢😍πŸ₯°πŸ˜˜



Musim PKP mengajar ku seribu makna


As'salam uollss..Terima kasih kepada uollss yg sudi baca blog sis yang tak seberapa nie..πŸ€­πŸ€­πŸ˜…πŸ˜… Semoga Allah limpahkan rahmat buat uolls semua..

Semenjak musim perintah kawalan pergerakan utk wabak COVID-19 nie. Semua rutin harian seseorg telah berubah. Macam sis pula pagi dh siap2 kemas rumah, buat sarapan, mandikan anak, lps tu anak nak sarapan pula, kemas meja makan. Sudah siap semua baru la buat kerja ofis pula.. Mencabar betul work from office iaitu berkerja dari rumah. Dah la sis ada anak kecik xsiap2 kerja ofis sis..πŸ˜…πŸ˜… Bila tiba tgh hari nak masak utk makan tgh hari pula..memang betul2 supermom la..

Anak2 pula tgk tv πŸ“Ί  dari pagi smpi ke malam.. tu je aktiviti dia..Bila anak2 mula bosan sis cuba buat aktiviti faedah utk anak2.. Tolong masak, basuh motor, solat berjemaah sama2, makan sama2..senang cerita semua bnde la  sis buat sama2 dengan anak2..πŸ˜ŠπŸ€— Bila kita buat sama2 bonding antara ibu bapa dan anak2 akan rapat. Anak2 juga akan belajar sikap tanggungjawab utk tolong menolong dengan orang sekeliling.

Mesti uollss ada pengalaman yg samakan..ok la smpai disini saja sis dapat sharing kisah sis..Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar utk kita semua untuk menjadi lebih positif. πŸ˜ŠπŸ˜Š

JOM Orang JOHOR ke MBH Medispa di 8 cawangan terdekat anda.

MBH Medispa 8 cawangan di Johor || As'salam uollss..Hari nie sis nak share pengalaman sis ke pusat kecantikan yang terbesar di semenanjung malaysia iaitu MBH Medispa.. Kalau uollss nak tau di Johor MBH Medispa ini mempunyai 8 cawangan iaitu Bandar Baru Uda, Adda Height, Kota Tinggi, Batu Pahat, Pontian, Segamat, Kluang & Muar.



Kelmarin sis berpeluang merasai rawatan kecantikan di MBH ini.. Sis membuat tempahan awal sebelum pergi untuk mengelakkan menunggu lamaπŸ˜…πŸ˜…. Sis pergi bersama en.husband..Nasib baik en.husband nak temankan..🀭🀭 






Bila uollss masuk je kat spa nie sgt menarik dekorasi didalam spa ini..Tempat yg selesa utk menunggu dan sedap mata memandang. Susun atur nya pun sgt kemas..Selepas membuat pendaftaran sis dibawa ke bilik konsultasi untuk memberi pendapat tentang masalah kulit kita.


Mula2 staff disitu akan check muka uollss sama ada bermasalah atau tidak. Selepas itu dia akan terangkan rawatan apa yg sesuai dengan kulit kita.


Selepas sesi kenal pasti masalah kulit ia mencadangkan sis mencuba rawatan utk pakej facial yang dipanggil mbh signature facial.



Rawatan ini akan membersihkan kulit kita secara mendalam dan akan fokus kepada masalah-masalah kulit seperti dehidrasi & garis-garis halus.

Rawatan ini sesuai untuk individu yang ada masalah whitehead & blackhead..memang bersih la muka uollss yg ada bintik2 hitam & putih tu..semua jenis kulit boleh buat rawatan ini..Ia akan fokuskan kepada masalah kulit yang kita hadapi.

Kelebihan rawatan ini ia akan;-
*membersihkan kulit kita lebih mendalam.
*merangsang peredaran darah dengan lancar
*membantu wajah nampak berseri
*menyuburkan atau melembutkan kulit wajah

Kaedah rawatan yg diberikan seperti
*bersihkan solekan dgn make up removal
*cuci muka dgn MBH facial cleanser
*skrub muka dgn MBH skin exfoliator
*Proses urutan wajah
*Proses steamer / pengewapan membantu membuka liang-liang pori muka
*Proses vacum khas membuang whitehead & blackhead
*Proses pemakaian Hyaluronic Asid HA mask
*Sapu MBH sooting lotion, MBH skin hydrator & MBH UV Sunscreen SPF5


Kalau uolls nak tau di MBH ini mereka menggunakan seratus peratus produk sendiri.. MBH ada makmal sendiri untuk membuat produk mereka. MBH juga ada akademi utk sesiapa yg nak blajar cara utk belajar teknik yang betul untuk merawat muka.


Selepas sis buat terapi ini kulit muka sis rasa lembap & halus je..πŸ˜ŠπŸ€— untuk uollss yg nk mencuba dapatkan rawatan boleh la contact pusat rawatan MBH yang berdekatan dengan anda..😊



Dalgona Coffee buat penggemar coffee ketagih!!

DALGONA COFFEE VIRAL|As'salam semua.. Entry kali nie sis nak share dengan uollss minuman yang viral iaitu Dalgona Coffee.. Semenjak kerajaan buat perintah kawal pergerakan & duduk kat rumah nie kepala sis ligat betul fikir apa plan nak buat selepas nie..Klo bab makanan memang no 1..Cuba suruh lipat baju memang lambat la nak mulakan..heheπŸ˜…πŸ˜…

Kat bawah nie sis share resepi cara nak buat Dalgona Coffee nie ya..uolls jangan lupa cuba buat kat rumah ya..Bahan2 nya mudah je..Semudah ABC..πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ€—πŸ€—

sis pn follow resepi dari FB jgk.. Selamat mencuba ya..πŸ˜ŠπŸ€—πŸ˜πŸ˜‹πŸ˜‹






RESEPI DALGONA COFFEE
Resepi asli dan viral dari korea πŸ₯°
Dalgona (Korean Traditional candy)

Bahan bahan :-

Serbuk kopi/Nescafe/Essenso
Susu segar Farm Fresh
Gula
Air panas
Ais (pilihan)

Cara: (A)
Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, sis pakai kopi essenso 3 paket..4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.

Cara : (B)
Ambil gelas besar letak ais terus tuang susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba 😍

Tips kurang manis : Pakai gelas besor biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.


Sis juga cuba gantikan susu kurma fresh milk dgn susu putih fresh milk..Rasa nya sedap sgt..Tak percaya cuba la..πŸ˜ŠπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ€—πŸ€—πŸ˜πŸ˜

Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20,000!



Cabar cita rasa anda dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad| Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.


Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!

Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020.  Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!

"Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, "Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti!"  Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga," kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.


"Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar! Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk "meneka" perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.

Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"!
• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
• Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!
Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya.  Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda "menyelesaikan" perisa dengan betul!

Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the Flavour" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook: Pringles Malaysia

BIOALPHA kumpulan pertanian terbesar di Malaysia yang menanam tanaman herba.

BIOALPHA kumpulan pertanian terbesar yang menanam pokok herba misai kucing di Malaysia|| Pada hujung minggu yang lepas suzie dan rakan-rakan berkesempatan melawat ladang  tanaman herba di BioAlpha Desaru Herbal Park. Selalu suzie ke desaru hanya untuk bermandi-manda ditepi pantai tapi kali nie terkejut jugak rupanya ada ladang herba dekat desaru ni. Di sana kami melawat ladang herba yang seluas 300 ekar.





Herba yang di tanam disini ialah herba seperti Misai Kucing, Tongkat Ali, Serai. Ada jugak pokok buah-buahan seperti pokok kelapa pandan, Durian Belanda & Tembikai. Disini herba yang paling banyak di tanam ialah Misai Kucing.






Setelah tiba disana suzie diterangkan sedikit sebanyak mengenai herbal. Tak sangka banyak juga khasiat yang terdapat didalam Misai Kucing ini. Yang paling best suzie diberi peluang untuk melihat sendiri cara nak tuai daun Misai Kucing. Dalam masa yang sama suzie diajar cara nak pilih keratan yang sesuai untuk menanam pokok Misai Kucing.




Kami jugak berpeluang untuk tanam sendiri pokok Misai Kucing. Senang jugak rupanya tanam pokok ini, ia hanya menggunakan keratan batang. Anda hanya korek tanah sedalam 4 inchi dan kambus dengan tanah. Selepas tu pokok itu perlu disiram 2 kali sehari. Setiap bulatan pada tanah perlu meletakkan 4 keratan batang.




Selepas selesai semua pekerja disitu menunjukkan pula cara hendak menjalankan proses pengeringan daun-daun yang telah dituai. Mereka menggunakan cara yang alami untuk mengeringkan daun-daun ini. Daun-daun ini dijemur di dalam rumah panas yang hanya menggunakan haba dari cahaya matahari. Setelah selesai daun-daun yang sudah kering ini akan dihantar ke APOTEC untuk diproses menjadi produk.





Kami juga dibawa melihat tanaman pokok Tongkat Ali & pokok Durian Belanda. Kami pergi keladang dengan menaiki kereta pacuan 4 roda. Perjalanan tak jauh sangat tapi permukaan tanah tidak rata menyebabkan perjalanan lambat smpai. Setelah selesai melihat ladang kami pun pulang semula ketempat kami berkumpul.





Sampai di sana kami dijamu minum air kelapa pandan yang ditebas terus dari pokok. Segar rasa dengan cuaca panas minum air kelapa fresh. Ada yang kata minum air kelapa bagus untuk merawat panas dalam. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜πŸ˜πŸ₯₯πŸ₯₯

Kalau uollss nak tahu tanaman ini ditanam secara organic di Bio Alpha Desaru Herbal Park tanpa menggunakan bahan kimia. Bio Alpha juga ada mempunyai ladang herba yang lain seperti di Pasir Raja yang mempunyai keluasan sebanyak 1003 ekar.

Disana mereka menanam pokok herba seperti Misai Kucing, Halia Muda, Serai, Kunyit, Tongkat Ali, Kacip Fatima, Mas Cotek, Hempedu Bumi & Roselle.

Jom kita tengok kelebihan daun Misai Kucing.

Kelebihan herba Misai Kucing.

Khasiat Misai Kucing Yang Ramai Tak Tahu. Merawat Kencing Manis & Darah Tinggi

Pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan herba misai kucing kerana di negara kita sangat popular dengan jualan Teh Misai Kucing. Pokok herba ini boleh ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia Tropika.

Misai kucing atau nama saintifiknya ‘orthosiphon aristatus’ adalah asal usul nama kepada ‘lippenblutengewachse, lamiaceae, labiatae’.

Khasiat Misai Kucing

1. Membersihkan Ginjal

Toksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengumpulan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keletihan, kulit tidak berseri, daya tahan yang lemah, sengal-sengal dan lain-lain.

Misai Kucing ini elok untuk membersihkan ginjal dan saluran air kencing anda. Pendek kata ia membersihkan sistem perkumuhan anda. Oleh itu,jika anda kerap ke tandas untuk buang air,jangan fikir bahawa itu merupakan tindak balas yang negatif kerana sebenarnya ia menunjukkan proses pembersihan sedang berlaku.

Yang bagusnya,penyakit batu karang juga dapat dielakkan.

2. Merawat Kencing Manis

Misai kucing juga dapat membantu membuang toksin di dalam badan dan juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan ketara. Sekaligus mengelak dan merawat masalah kencing manis.

3. Merawat Tekanan Darah Tinggi

Ia membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah dengan cara memisahkan sel-sel darah dari bercantum dan melekat.

4. Antioksidan

Menariknya mengenai Misai Kucing ini adalah ia dapat menjaga sel dari tindak balas radikal. Jika anda kerap minum teh Misai Kucing, maka anda pun dapat kelihatan muda.

Antara Khasiat Misai Kucing Yang Lain

🌿Mengurangkan tahap kolestrol.
🌿Membaiki tahap stamina dan tenaga.
🌿Mengurangkan inflamasi dan gout.
🌿Mengurangkan pembendungan air.
🌿Membantu melancarkan peredaran darah.

Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Anda dinasihatkan untuk menjaga pemakanan seperti gula dan sebagainya ketika pengambilan Misai Kucing untuk memastikan keberkesanan khasiatnya.

Untuk uolss yang nak dapatkan produk Misai Kucing ni boleh la pergi ke website https://www.apotec.com.my atau boleh juga membuat pembelian di LAZADA



Selain produk Misai Kucing anda juga boleh dapatkan produk-produk herba yang lain di APOTEC.


Suzie sekeluarga jugak tidak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri produk Misai Kucing yang dikeluarkan oleh APOTEC ini. Suzie cuba buatkan untuk mama & ayah minum pada waktu pagi & petang. Masa mula2 minum memang akan rasa nak membuang air kecil je. Selepas toksin-toksin dikeluarkan dari badan baru la badan rasa ringan je.


Tak lupa juga apotec ada keluarkan minuman untuk kecantikan. Suzie dah cuba sedap rasa nya diminum sejuk2.πŸ˜‹ Mana la tau lepas nie suzie boleh amalkan untuk kulit nampak sihat & cantik..πŸ˜ŠπŸ˜πŸ€— So uolls jangan lupa dapatkan produk ini ya..πŸ˜ŠπŸ€—πŸ˜

Semoga apa yang suzie share memberi manfaat pada anda semua. Terima kasih sudi membaca blog suzie. Lain kali suzie share info lain pula..πŸ˜ŠπŸ€—πŸ€©πŸ˜