Ticker

6/recent/ticker-posts

DRAMA BIARKAN IA PERGI - SLOT SAMARINDA TV3

DRAMA BIARKAN IA PERGI || Slot SAMARINDA kali ini membawakan cerita episode baru iaitu BIARKAN IA PERGI selepas selesainya drama TARIK AKU KE SYURGA episode akhir ditayangkan. Drama kali ini ia membawakan pelakon yang memegang watak utama iaitu heronya AMAR BAHARIN & heroin nya ISYARIANA.


Ia mengisahkan seorang perempuan bernama Alisa hilang punca & arah semenjak peristiwa hitam menghantui dirinya.. Ia dirogol akibat daripada ia salah membuat keputusan mengikut kawan nya yang konon nya sahabat baik Alisa iaitu Farah.. Sejak peristiwa itu ia membawa diri ke suatu tempat sendirian melahirkan & membesarkan zuriatnya tanpa keluarga..  

Kerana rasa tanggungjawab Zakhwan mencari Alisa. Mampukah Alisa bertahan hidup dalam sejarah hitam yang menyiksakan? Bagaimanakah hidup kita andai segalanya punah kerana hilang maruah? Apakah cinta yg konon disanjung akan berkekalan andai antara pasangan hilang maruahnya? Sanggupkah sahabat sejati menikam sahabatnya sendiri? Dan, apakah perkahwinan yg dibina sentiasa merasa bahagia?

Nantikan Adaptasi drama Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur. Arahan Fairuz Loy di Slot Samarinda, TV3, 20 episod bermula pada 11 Ogos ini, pukul 10.00 malam, Setiap Isnin-khamis.

Terbitan: Sronesdnbhd
Penulis skrip : Wan Mahani Wan Hassan & Liza Nur
Arahan Fairuz Loy, sitirosmizahsemail

DIBINTANGI :
amarbaharin
isyariana
miordarwish
idzham_ismail
harizhamdann
lia_natalia
zakiazeman_
ashamerican
sabhisaddi
anadahlia2106
bulanterry_
myra.natasyaa
aktorzulkifli
rosnahjohari_rj
fishfazil


Post a Comment

0 Comments