Ticker

6/recent/ticker-posts

KEDAI EMAS MURAH RICHVALET JOHOR BAHRU - PAKAR EMAS DAMBAAN WANITA

KEDAI EMAS MURAH RICHVALET JB - PAKAR EMAS DAMBAAN WANITA || Bila sebut emas ramai yang tahu bertapa penting & berharganya emas pada masa sekarang nie.. Aku & mama pun tidak ketinggalan dengan peredaran masa untuk mengikuti turun naik nya harga emas sekarang.. Macam aku setiap bulan aku akan spend duit untuk kumpul. Bila dah cukup aku akan beli emas sama ada untuk dijadikan perhiasan atau koleksi untuk memenuhi keinginan & kepuasan diri sendiri.. 


Pada hari minggu yang lepas aku & mama memang sudah lama plan nak cuci mata tengok gelang emas.. Aku & mama pergi la cuci mata kat salah satu kedai emas yang viral & top iaitu di RICHVALET yang terletak di Bandar Baru Uda.. Dari jauh lagi dah ternampak sign board RICHVALET yang berwarna kuning yang melambangkan warna emas ghiteww..😊😊 


Kalau korang nak tau kedai emas ini menawarkan harga emas yang murah & emas berkualiti sesuai la dengan trademark nya iaitu "Kedai Emas RICHVALET Pakar Emas Dambaan Wanita"..😍😍 Dekat sini ada pelbagai koleksi rantai leher, rantai tangan, cincin, charm pandoraaa, locket, bangle dan gelang tangan dari harga yang cukup murah & harga trade inn yang tinggi pasti menjadi pilihan peminat koleksi emas di JB ini.. 





Disini ia menyedikaan rekaan Design terkini pasti akan membuatkan pelanggan tertunggu-tunggu untuk melihat design terbaru di kedai emas RICHVALET ini dan ia juga merupakan Kedai Emas 916 online trusted tau..


Lepas aku masuk kedalam kedai emas RICHVALET ni aku tertarik dengan suasana di dalam kedai emas ini rasa tenang jer.. Staff disini memakai uniform pink ghiteww..Akak suka..Akak suka..😍😍 Langsirnya pulak warna soft pink jugak terserlah lambang kewanitaan bila warna pink nie kan..


Bila aku duduk jer kat kerusi depan ruang display tu mata aku jadi ralit bila tengok emas..Aku pun jadi terpinga² nak tengok yang mana satu nie..Kalau boleh nak tengok semua koleksi yang ada..Aku jadi malu² pulak dengan mama bila staff kat situ perhatikan gelagat aku.. Nasib baik la staff kat situ sangat peramah & manis mulut layan pelanggan.. Dia sambut kita orang dengan senyuman..😍😍 Sebelum staff tanya nak cari apa aku dh bgtau awal² sy datang nak tengok² gelang emas jer dulu.. Takut sangat la ko nie suzie.. Bukan dia marah pun kalau tak jadi beli..haha😅😅


Staff kat sini pun keluarkan koleksi gelang emas yang cantik².. Rambang mata uit.. Semua aku amik & pegang satu-satu.. Yang aku test pakai lain yang amik gmbo pun lain..haha Mesti la nk kne amik gambar nanti boleh belek-belek balik gambar design yang mana satu yang cantik bila dipakai..hehe


Kalau korang nak tau Kedai Emas RICHVALET ini ada juga membuat jualan melalui online.. Mereka membuat jualan emas secara SIARAN LANGSUNG di Facebook page RICHVALET.. Kedai emas ini sudah lama membuat jualan secara online.. Ramai pelanggan tetap berpuas hati membeli secara online ini.. Ia telah mendapat kepercayaan dari pelanggan tetap kedai emas RICHVALET sebagai KEDAI EMAS 916 ONLINE TRUSTED.. Bukan senang nak sampai ke tahap itu tau korang.. Kalau korang tak berkesempatan nak datang terus ke kedai emas boleh la follow online kedai ini.. 


Untuk korang yang rajin follow online RICHVALET ia ada membuat promosi untuk potongan harga emas rendah dari pasaran.. Berbaloi kan.. Dapat emas harga offer lagi..😊

Korang nak tau tak apa keistimewaan emas yang patut korang tau?? Jom tgk detail kat bawah nie..

Apa keistimewaan emas???

📌- Dari sudut nilai -
Ia memang terbukti penyimpan nilai paling ampuh dan kekal bernilai sampai bila-bila.

📌- Dari sudut kecairan -
Emas adalah aset yang paling mudah atau paling cepat kecairan kepada tunai. Tidak seperti aset lain yang memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk dapatkan tunai.

📌- Dari sudut bajet -
Ya, emas adalah aset yang paling mudah untuk dimiliki sebab kita boleh beli dalam jumlah yang kecil. Serendah RM100 kita sudah boleh mengumpul aset emas.

📌- Dari sudut Kekayaan -
Simpan emas kekayaan melekat pada penyimpan itu sendiri. Ia tidak terikat dengan mana-mana pihak ketiga. Seperti contoh simpan duit dalam bank kita terikat dengan undang-undang. Tapi simpan emas tidak terikat dengan sesiapa.

📌- Dari sudut mudah alih - 
Terbukti emas memang aset yang mudah alih. Kita boleh bawa emas ke mana-mana yang kita suka. Jika berlaku peperangan contohnya, kita boleh bawa aset emas lari ke negara lain untuk meneruskan kehidupan sedangkan aset bentuk rumah tanah kita akan tinggal begitu saja.

📌- Dari sudut rekod - 
Simpan emas tiada rekod dalam mana-mana sistem kewangan. Ini adalah kelebihan bagi aset emas, bila tiada rekod, maka mudah untuk kita sorok kekayaan sediaada. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan kekayaan (emas) yang kita simpan melainkan kita sendiri bagitahu.

Ini adalah keistimewaan emas sebagai simpanan peribadi bagi setiap orang yang menyimpannya.. Terasa kan penting nya emas boleh la simpan sikit² korang belikan isteri, emak atau korang simpan kat Arrahnu pun boleh..hehe😊 Kalau bagi isteri pakai nmpk cantik isteri tu nanti..kan..kan..

Kalau nak cuci mata tengok koleksi emas boleh datang kesini terus..Jangan lepaskan peluang dapatkan harga istimewa dari RICHVALET..Hadiah menarik pasti menanti korang..😊

KEDAI EMAS RICHVALET

Facebook: https://www.facebook.com/richvalet.co/
Instagram: https://www.instagram.com/richvalet/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@richvalet
Telegram rasmi: https://t.me/RICHVALET

Post a Comment

0 Comments