Ticker

6/recent/ticker-posts

Mechamato movie _ animasi terbaru dari Monsta

Mechamato movie _ animasi terbaru dari Monsta

As'salam,semoga kita semua di lindungi dari Covid -19. Ari nie aku nak share dengan korang cerita animasi terbaru dari Monsta. Untuk yang minat dengan cerita animasi ini pasti takkan ketinggalan untuk menonton cerita animasi di kaca tv korang kan..

Aku ialah salah seorang peminat dengan kartun animasi ini..Lagi-lagi cerita ini dibuat sendiri oleh anak-anak tempatan yang buat sangat kreatif & mengikut peredaran teknologi semasa di zaman yang serba canggih ini.


MECHAMATO

Mechamato ialah animasi terbaru yang mengisahkan Mechamato Adalah Animasi Prekuel Ayah Boboiboy. Misinya Untuk menyelamatkan dunia Daripada Robot Yang Jahat. Animasi Mechamato Ini Akan Ditayangkan Di Cartoon Network Asia Pada 2021. Menerusi Facebook Mechamato. Ini Adalah Animasi Pertama Monsta Yang Ditayangkan Di Seruluh Asia.


Sinopsis

Bagi filem Mechamoto, ia berkisar anak muda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi tuan kepada robot bernama MechaBot. MechaBot adalah sebuah Power Sphera yang mempunyai kuasa Mechanize yang boleh menukarkan objek biasa menjadi peralatan canggih. 

Tanpa disangka-sangka, MechaBot juga menjadi buruan Grakakus, alien sibernetik yang sanggup melakukan apa saja untuk memiliki MechaBot.

Apabila bandar Kota Hilir diancam bahaya, Amato dan MechaBot harus berganding tenaga dan menggunakan Kuasa Mechanize untuk menjadi adiwira yang bergelar Mechamato untuk melindungi bandar mereka daripada musuh yang jahat.



Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.