Ticker

6/recent/ticker-posts

Juadah Big Box Buffet Ramadan di Sunway Hotel Big Box

Juadah Big Box Buffet Ramadan di Sunway Hotel Big Box | Bulan puasa nanti terasa nak shopping barang² deco kat Sunway Big Box..Alang² korang dah kat sana boleh la singgah berbuka puasa di cafe Sunway Hotel Big Box iaitu Pendas Cafe..

Ia bertemakan "Juadah Big Box" lebih 300 hidangan menu disajikan dengan konsep masakan menu klasik & moden dari air tangan Chef Jamaluddin dan krew chef dengan menu² yang sedap pasti membuka selera korang..


Antara menu² yang menjadi tumpuan korang untuk mencuba seperti;-

🥘Kambing golek nabawi

🥘Asam Pedas India

🥘Sup pindang lautan

🥘Sup ayam madura

🥘Sup tulang tambak

🥘Rendang Kambing

🥘Kambing kerutuk

🥘Rendang daging

🥘Sotong sumbat masak lemak selasih

🥘Ketam masak lemak nenas

🥘Ikan patin masak lemak tempoyak

🥘Aneka Kuih muih, satay, seafood & yong tau foo




















paling aku suka kambing golek nabawi sebab ia dimasak bersama dengan kurma nabawi korang..Asam pedas india pun sedap tau..




Lepas makan jangan dilupakan pencuci mulut & aneka kuih muih tradisional yang sedap² korang.. 








Bermacam jenis air boleh dipilih.. Pasti membuatkan anda hilang dahaga..😊😊






Apa tunggu lagi jom dapatkan Early Bird voucher utk menikmati hidangan yang sedap dan berbaloi😊🤗😍😍

Tempat solat lelaki perempuan ada juga disediakan..😊 Untuk keterangan lanjut boleh lihat detail dibawah..


JUADAH BIG BOX at SUNWAY HOTEL BIG BOX


📍Pendas Cafe, Level 1

🗓5 - 28 April 2022 | 6.30 pm - 10.30 pm 


📣NORMAL PRICE

MYR128.00 nett per Dewasa

MYR64.00 nett per Kanak² (6 - 12 tahun)


📣📣EARLY BIRD (sehingga 4 April)

RM108.00 for nett per adult 

RM 54.00 nett per child (6 - 12 years)


Untuk tempahan dan pertanyaan:

☎️ 07-5336653

📧 sbbh.enquiry@sunwayhotels.com





Post a Comment

0 Comments