Kunyit boleh membuatkan kita awet muda??

Kunyit boleh membuatkan kita awet muda?? ||As'salam..Sebut je kunyit semua orang mesti dah tahu kunyit tu ialah sejenis makanan..Tapi ramai yang masih tak tau pokok kunyit tu yang mana satu betul tak??  Didapur kita menggunakan kunyit untuk masakan seperti menggoreng ikan, ayam, udang dan sebagainya..Kunyit juga digunakan untuk perap makanan sbb kunyit ini boleh membantu dari pencemaran bakteria & kulat..Kalau korang nak bagi ayam tahan beberapa jam diluar boleh la korang perap kan ayam dengan kunyit & garam..Tapi korang tahu tak apa lagi kelebihan kunyit??


Bila korang tau apa kelebihan kunyit mesti korang cakap "Power betul la kunyit nie" kalau tau dah lama amalkan makan kunyit atau makanan tinggi kunyit. Kunyit ini boleh membuatkan korang awet muda tau..Tau tak macam mana ia berlaku??

Kunyit boleh membuatkan Autophagy naik tinggi. Autophagy ialah cara tubuh hapuskan sel rosak dan mati. Akibatnya sel baru mula tumbuh dan membuatkan korang Awet muda jadinya..

Apa tunggu lagi cubalah berbuka dengan makanan yang ada kunyit. Korang boleh buat jus kunyit lagi bagus..😊🤗

6 rahsia kehebatan kunyit ramai yang tak tahu antaranya


1. Penghalang racun arsenik. 
Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA. 

2. Anti kanser. 
Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser. 

Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam). Ia boleh kecutkan stem sel kanser payudara.

3. Anti tumor. 
Siapa sangka kunyit dengan saiznya yang kecil tetapi punya kuasa penyembuhan yang besar. 

Selain bertindak mati dan lemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor. 

Mudah fahamnya orang lazimi kunyit akan mudah bebaskan diri dari tumor.

4. Penghalang kerosakan sel otak.
Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.

Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak. 

Dikenali sebagai agen neuroprotective.

5. Kulit makin glowing. 
Sains pada hari ini buktikan kehebatan kunyit. 

Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat. 

Melembut dan meremajakan kulit.

6. Fat burner.
Bab ini memang win. Kalau bercita-cita mahu kurus, ambillah kunyit. 

Kunyit ada kuasa thermogenic bagi halang pembentukan lemak. 

Resepi Jus kunyit

5biji/besar tapak tangan Kunyit Hidup

1 sudu kecil Pati Asam jawa Adabi

1 keping Asam keping 

2 sudu madu

500ml air

1/4 sudu kecil garam

Cara- cara:

Kisar kunyit. Masak air dan masukkn semua bahan.

Biarkan mendidih. Dah pekat, boleh tutup api.

Tapis, dan simpan.

Cara minum; panaskan dan boleh diminum ketika panas.


Sumber:DrRizal

Post a Comment

1 Comments

  1. Memang benar, kunyit juga bagus untuk kesihatan dalam wanita, tapi orang kata jangan amalkan, nanti cepat putus haid, entah laaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.