Ticker

6/recent/ticker-posts

Tanda-tanda mungkin anak kita telah didera!!

Tanda-tanda mungkin anak kita telah didera!!||As'salam semua..Sejak-sejak ini kes penderaan kanak-kanak kian menjadi-jadi. Kadang-kadang sebagai ibu bapa kita tak peka apa yang terjadi pada anak kita. Anak² dihantar & diambil dari taska atau rumah pengasuh tanpa kita periksa keadaan anak & emosi dia dalam keadaan baik atau tidak..


Kita terlalu ambil ringan bila anak-anak merengek nak kan perhatian.. Padahal dia nak beritahu sesuatu tanpa kita sedar..Ari nie aku nak kongsikan 5 tanda-tanda mungkin anak kita didera.. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat..

5 Tanda-tanda anak telah didera!!

✔️ Mimpi buruk yang berulang-ulang. 
-  selalunya anak tak dapat tidur malam yang nyenyak.
- perkara yang menakutkan anak tu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.

✔️ Regress 
- maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot. 
- Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun. 
- Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.

✔️ Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan. 
- Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak. 
- Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.

✔️ Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar). 
- ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.

✔️ Menjadi sangat takut bila nak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri.
- mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut je mak ayah ke mana-mana. 

Bantu saya #sebarkan pada mak ayah yang lain. Biar kita semua jadi lebih peka dengan tanda-tanda kecil ni. 

Kadang-kadang anak kita tak tahu cara nak mengadu. Kitalah yang kena bantu mereka.


sumber dari: Redza Zainol

Post a Comment

1 Comments

  1. Minta dijauhkan laaa dari anak-anak, kadang kalau emosi dah melebihi iman, jangan kata orang lain, kita sendiri pun boleh mendera kann..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.