JIMATNYA JALAN-JALAN NAIK BAS DENGAN PERKHIDMATAN MYBAS JOHOR BAHRU

JIMATNYA JALAN-JALAN NAIK BAS DENGAN PERKHIDMATAN MYBAS JOHOR BAHRU || Hye semua, apa khabar?? Hope semua baik-baik aja.. Kelmarin aku berkesempatan naik pengangkutan awam iaitu MYBAS.. Aku pergi jalan-jalan dengan kak ida Siti Rohaida Yusof .. Rindu rasa bila mengimbas kembali zaman aku sekolah dulu naik bas berhenti-henti.. Sudah 18 tahun aku tinggalkan zaman naik bas berhenti-henti ini.. Dulu aku panggil bas ni bas ting tong..🤭🤭



Seronok sesekali dapat pusing-pusing bandar JB.. Korang tak perlu bersusah² pening kepala hadap jem.. Naik bas je korang dah boleh rehatkan badan sambil menunggu destinasi yang korang nak tuju tu sampai..


Masa tu aku dengan kak ida memilih destinasi untuk pergi ke Terminal T20 iaitu bas yang dari JB Sentral ke Terminal Kota Masai, Pasir Gudang. Ia mengambil masa lebih kurang 47 minit ia bergantung kepada traffic pada masa bas nak gerak. Kalau korang nak tau bukan laluan ini sahaja yang ada bermacam-macam tempat yang korang nak pergi boleh je pergi tapi korang kena la tengok bas nombor berapa yang pergi menuju ke tempat yang korang nak pergi tu.


Sebelum naik bas aku mesti akan beli sesuatu utk menjadi kudap kudapan semasa didalam bas.. Ia menjadi kebiasaan semasa aku sekolah lagi..🤣🤣 Walaupun jarak rumah dari sekolah lebih kurang 6 km aku mesti beli roti & air..😅😅
Aku beli la roti dekat Season.. Roti yang menjadi pilihan aku sudah semestinya roti sosej..🤭


MYBAS Johor Bahru ini mempunyai 14 laluan yang boleh anda pergi iaitu;


MYBAS Johor Bahru menyediakan perkhidmatan kepada 5 kawasan di Johor termasuk Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah, dan Pontian. Sebanyak 128 bas telah digunakan untuk projek ini yang terdiri daripada kenderaan diesel dan elektrik.


APA ITU MYBAS??!!

Perkhidmatan MYBAS adalah salah satu inisiatif dibawah program ' Stage Bus Service Transformation (SBST) atau dalam bahasa Melayunya, 'Transformasi Perkhidmatan Bas Terhenti-Henti'

MyBAS menyediakan kemudahan transport untuk menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar dengan lebih efisyen melalui jadual masa yang telah ditetapkan agar dapat membantu penduduk setempat supaya lebih mudah berulang-alik ke tempat kerja, sekolah dan pelbagai lokasi lain. Kemudahan pengangkutan awam yang baik dapat meningkatkan produktiviti dan taraf hidup penduduk.




Tambang bas yang dikenakan serendah RM0.80. (Depends jarak perjalanan kita). Sekarang ni lagi mudah kerana ia menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai. Semasa naik korang perlu menyentuh Kad ManjaLink mereka pada mesin pengimbas kad yang terdapat didalam bas. Penumpang PERLU menyentuh kad mereka sewaktu menaiki bas (Tap In) dan PERLU menyentuh sekali lagi sebelum turun dari bas (Tap out). 

APA ITU KAD MANJALINK??!!

Kad ManjaLink ialah salah satu produk dari ManjaLink sebagai rakan kongsi rasmi Causeway Link bagi menyediakan perkhidmatan sistem pembayaran tanpa tunai.


Kad ManjaLink juga boleh digunakan untuk semua bas rentas sempadan Causeway Link dan tersedia untuk semua laluan myBAS Johor Bahru dalam masa terdekat. Cara untuk mendapatkan kad ManjaLink korang boleh dapatkan di semua kaunter Causeway Link di Singapura dan Malaysia. 

Kat mana nak beli ManjaLink tuh??! Kat tempat tempat seperti dibawah ini korang boleh beli atau tambah nilai.
Caltex @ Taman Daya
JB Sentral
JB Sentral CIQ
Gelang Patah Bus and Taxi Terminal
TF Value-Mart Nusa Bestari

APLIKASI LUGO??!!

Aplikasi LUGO ialah salah satu rakan kongsi ManjaLink dan Causeway Link. Maklumat mengenai myBAS Johor Bahru boleh didapati melalui aplikasi tersebut dan penumpang juga boleh menyemak maklumat berkaitan bas yang mereka perlukan.

Mula-mula klik PLAN A TRIP

Lepas itu korang masukkan dari mana korang nak naik bas. Kemudian masukkan destination yang korang nak pergi.

Ia akan keluar waktu berapa lama perjalanan korang untuk pergi ke destination yang korang pilih tadi. Harga tambang pun dia akan beritahu sekali. Last sekali diakan beritahu jam berapa korang akan sampai.


Penumpang boleh menyemak anggaran masa perjalanan, masa ketibaan dan tambang bas mengikut destinasi mereka. Aplikasi ini tersedia di “Google play Store” dan “App Store”

ADA KEMUDAHAN & CIRI² KESELAMATAN KE??!!

Bas ini mempunyai kemudahan seperti mesin tap yang mesra pengguna, bas yang berair cond, selesa, bersih, dan pemandunya yang cekap. 

Tekan loceng apabila korang dah hampir sampai dengan tempat yang korang nak turun.

Tempat duduk penumpang yang selesa & bersih akan membuatkan korang selesa semasa berada di dalam bas.

Tukul cermin digunakan jika berlaku nya kecemasan yang tak dapat dielakkan.

Ia mempunyai sistem kamera untuk pantau keadaan didalam bas berada dalam keadaan baik..


Sistem pengudaraan air cond yang baik & sejuk untuk memastikan penumpang berasa selesa.

Peti kecemasan sentiasa ada untuk bersiap sedia jika berlaku kecemasan.

Peringatan untuk penumpang supaya menjaga kebersihan ketika berada didalam bas.

Macam mana ok kan kemudahan yg disediakan.. Ciri-ciri keselamatan pun ada.. Korang tak perlu risau lagi.. InsyaAllah korang akan selamat pergi & balik menuju kedestinasi yang dituju.. Nak info lanjut boleh la korang lihat detail dibawah ini...

🌐 www.causewaylink.com.my
FB: Causeway Link 
☎️: 07-3602244


Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. budak2 suka naik bas ni. sampai skrg kalo bas ni lalu aje menyebut la dorang.

    ReplyDelete
  3. Kalau dari bandar jb nak ke airport boleh ke kak?

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.