My Princess Aisyah Azzahra Turn 6

My Princess Aisyah Azzahra Turn 6 | As'salam hari ini ialah hari kelahiran anak aku yang ketiga..Dia lah satu satunya anak dara aku nama nya Aisyah Azzahra.. Hari ini genap umur nya 6 tahun..Aku doakan semoga Aisyah menjadi anak yang solehah & diberikan kekuatan iman serta berjaya dunia & akhirat.

Small celebration utk besday Aisyah

One happy family.

Manja Aisyah dengan Ayah dia.

Teringat aku sebelum aku sakit nak bersalin  lahirkan Aisyah mak & ayah mertuaku plan nak datang ziarah kami di pasir gudang pada 19/03/2016 masa tu aku tgh plan nak masak apa untuk jamu dia orang datang makan..

Tengah buat persiapan tiba² aku dh rasa sakit tanda² nak bersalin.. Masa tu jam baru kol 9 pagi aku baru rasa sakit contraction 5 minit sekali..Aku pun ajak la husbnd aku g hospital.. Dalam fikiran aku masa tu mana la tau doc suruh stay ke apa kan.. Bila smpai sana boleh pula doc kat bilik saringan cakap awk boleh balik dlu ya, jalan baru buka 2cm tunggu sakit 3 minit sekali baru datang.. 

Bila doc ckp mcm tu aku pun pulang ke rumah.. Tak keruan aku dibuat nya, rasa contraction tu dh semakin kerap aku dh mundar mandir kesana kesini dari depan smpi ke dapur.. Aku buat macam tu sbb nak kurangkan rasa sakit contraction tu.. Ada yang cakap bila kita kerap berjalan nnt laluan cepat terbuka..hehe

Tepat jam 11.30 aku ckp dengan husbnd jom cyg kita g hospital mcm dah kerap nie.. Bila smpi je hospital aku boleh ckp dengan husbnd cyg tunggu dlu la kat parking dah tak tahan nnt baru kita g depan wad kecemasan.. Tak smpi 10 minit stay aku dh tak tahan kol 12pm aku ajak husbnd hntr smpi depan wad kecemasan.. Aku pun disorong dengan wheel chair oleh husbnd smpi depan bilik saringan.. Lps doc dah check dia ckp dah 8 cm so dh boleh tolak ke labour room..

Sampai je bilik labour room aku pun baring la kat atas katil.. Masa tu nurse sedang sibuk untuk buat persiapan alatan utk bersalin.. Aku pun ckp nurse sy dh tak tahan nie.. Macam nak buang air besar je rasa nya..Awk jgn teran tunggu dlu..nnt dah siap alatan nie baru teran.. Nurse baru je letak alas dekat bawah bontot tiba² nurse dah nmpk kepala bby dh nak terkeluar.. 

Gambar kenangan Aisyah Azzhra kena kuning

Nie gambar masa mak mertua aku datang time majlis aqiqah Aisyah Azzahra 

Time nie anak baru 3..Abg Aqil sakit mata tiba² terjangkit dengan Aisyah..😅

Tepat jam 12.50pm lahir lah Aisyah Azzahra ke dunia ini..Tak sempat husbnd aku nak teman time bersalin..Senang pulak time bersalin kan anak no 3 nie..Tak sempat nurse nak pasang drip bby dh selamat keluar..😊🤭 Ini lah pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. Kira nie kali kedua la husbnd aku tak dapat teman kan aku time bersalin.. Bukan tak nak teman kan tapi tak sempat nurse nak panggil husbnd suruh masuk isteri dia dh bersalin dlu.. Masa nie husbnd dibenarkan masuk bila isteri dah betul² nak bersalin baru dia panggil suami..🤗😊🤭

Post a Comment

0 Comments