Buffet Ramadan 2022 - "Tradisi Warisan" Grand Paragon Hotel JB

Buffet Ramadan 2022 - "Tradisi Warisan" Grand Paragon Hotel JB

Tahun ini kita berkesempatan untuk merasa berbuka puasa diluar. Kerajaan telah memaklumkan bahawa 1 April akan bermula nya fasa Endemik. Uollss dah boleh bawa family buka puasa diluar dengan syarat kena pakai mask dan jaga SOP tu yang paling penting. Kali nie aku nak share dengan uollss Buffet Ramadan di Grand Paragon Hotel JB. Uollss boleh bawa family ke sini. Tempat pun selesa dan tidak sesak.


Tahun ini ia membawakan tema iaitu "Tradisi Warisan" buffet ramadan. Buffet ramadan Grand Paragon ini telah menyajikan lebih 100 jenis menu masakan Tradisi Warisan dari pelbagai kaum yang pasti akan menepati citarasa anda untuk berbuka disini. Paling aku suka bila ada kambing golek, sedap bila digandingkan dengan sos istimewa yang sedap sangat.


Jom aku share dengan korang menu-menu yang bakal menjadi pilihan korang bila berkunjung ke sini. Disini ia menyajikan makanan berkonsepkan stall seperti Roasted Whole Lamb Kuzi dengan sos special, Baked Salmon dengan Portugis style (sayur asin & nenas), Sup Utara Berempah (Daging,paru,tulang & babat), Kambing Gulai Kawah, Roti Canai & Murtabak Ayam/Daging, Ketupat Lemang dengan daging rendang, serunding & kuah kacang, Aneka goreng-goreng termasuk Durian goreng yang paling hot..hehe












Ia juga ada menu yang akan dihidangkan secara bergilir-gilir seperti Roti John, Ayam bakar madu & Itik panggang.

Untuk menu utama pula ia menghidangkan Ayam Opor Johor, Siput sedut masak lemak cili padi, Kari ketam nenas, Daging berlado, Salted egg prawn, Pucuk ubi masak lemak, Broccoli with mashroom, Itik salai gulai minang, sotong perchik, nasi putih & nasi kabshah.











Tak lupa juga aneka sambal & Ulam ulaman yang pasti akan legkapkan lagi menu utama korang..hehe Sup dan Bubur lambuk juga ada disediakan..Korang cuba la bubur lambuk tu memang sedap bubur lambuk kat sini. 


Lepas makan jangan lupa pencuci mulut, pelbagai jenis buah-buahan tempatan, aneka kuih muih melayu,Tapai pulut, Tapai Ubi, Jelly, Pudding, Sagu Gula Melaka, Creame Brulee in glass, Mini slice cake, Aneka Bubur, Dodol, Ice cream & biskut raya. Satu pencuci mulut yang paling aku suka sangat2 iaitu Durian Goreng, rugi kalau uollss datang buka tapi tak rasa..Uollss wajib cuba tau..



















Sambil uollss makan kat sini juga uollss akan didendangkan dengan alunan merdu dari permainan Angklung  Istimewa dari Faris. Permainan angklung sangat merdu dan bermacam-macam lagu dimainkan hanya menggunakan Angklung sahaja. Persembahan ini akan sepanjang bulan ramadan iaitu 4hb April 2022 sehingga 30 April 2022. Tempat solat juga ada disediakan, musim covid nie kena la uollss bawa telekung sendiri lagi bagus.




Sepanjang bulan Ramadan, Bufet Sahur istimewa juga ada disediakan dari jam 4.00 pagi hingga 5.30 pagi di Café Para Para. Buffet Sahur berharga RM48.00 nett dewasa dan RM28.00 nett kanak-kanak

Apa tunggu lagi uollss boleh la cepat-cepat booking untuk dapatkan promo Early Bird. Keterangan lanjut untuk booking boleh lihat dibawah.

📍Cafe Para Para (Level G) at Grand Paragon Hotel JB
🗓 4 April 2022 ~ 30 April 2022
⏰️ 7.00pm ~ 10.00pm

📣📣EARLY BIRD VOUCHER
(Purchase before 31 Mar 2022)
☘️RM95 Nett Adult
☘️RM45 Nett Child (5-11 years)

📣NORMAL PRICE
☘️RM118 Nett Adult (Buy 5 Free 1)
☘️RM55 Nett Child (5-11 years)


📎 Tertakluk kepada Terma & Syarat
*Harga termasuk cukai perkhidmatan 6%.
*Tidak sah bersama-sama dengan sebarang promosi atau tawaran lain
*RM95nett – harga eksklusif untuk Warga Emas (Berumur 55 tahun ke atas)
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja

Untuk tempahan & pertanyaan:
𝐆𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐏𝐚𝐫𝐚𝐠𝐨𝐧 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 @grandparagonhotel
📞 https://bit.ly/3s1OCZi
☎ +607-268 5255 / 5252 / 5222
📩 fnbcoor@grandparagonhotel.com.my / info@grandparagonhotel.com.my
📍18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.