Ticker

6/recent/ticker-posts

Rewards anak-anak ke Jualan Buku Big Bad Wolf Lotus Desa Tebrau JB

Rewards anak-anak ke Jualan Buku Big Bad Wolf Lotus Desa Tebrau JB| Hari tu aku bawa anak² pergi Big Bad Wolf yang sedang berlangsung di Lotus Desa Tebrau JB.. Saja bawa anak² sebab dah lama dia sibuk ajak ibu dia beli buku.. Big bad Wolf ada buat promo Big Bad Box..


Uollss boleh memasukkan seberapa banyak buku yang anda boleh letak ke dalam kotak pilihan anda! Ada 2 jenis kotak yang disediakan.. Muatkan sehingga 100 buku dalam kotak besar dengan harga RM119.90 sahaja. Atau, sebanyak mungkin buku ke dalam kotak kecil kami pada harga RM99.90 sahaja! 




Aku pilih la "Combo Box" yang berharga RM199.90.. Combo nie dapat box besar 1 & box kecil 1..Saje amik combo box biar puas dia orang adik beradik pilih buku apa yang dia orang minat..😊😊🤭🤭


Bila korang masuk ke kawasan BBW bermacam² buku yang dia orang pamerkan.. Dia terbahagi kepada 3 bahagia iaitu Children, Fiction & Non Fiction..Kat sini ada juga jual buku dari penerbit tempatan tapi ia tidak termasuk dari promo Big Bad Box..




Seronok tengok anak² pilih buku..Si abang tak sudah² nak buku game minecraft yang dia main tu..haha😅😅 Aisyah pula sibuk pilih buku princess..Akid pula asyik pilih buku colour² & yg ada mainan je..Aku pula tak berapa suka sgt nak baca novel or buku so aku pilih utk memilih buku merwarna tapi yang aku pilih nie level dewasa punya la..hehe😅😅🤭🤭




Selepas anak² selesai memilih buku yang dia minat step yang terakhir aku pun start la untuk sesi pengasingan buku² yang tak patut anak² aku beli..🤭😊🤗 Pening kepala aku nak susun molek² kat dalam kotak..nasib baik buku² yang anak² pilih semua nya jenis nipis & kecil so bnyk la tempat yang boleh aku selit² utk bg muat ngam ngam dalam 2 kotak..



Setelah selesai aku bawa buku² yang sudah siap disusun dalam kotak ke bahagian check & seal kotak menandakan kotak kita mmg cukup² isi buku² dan tidak terkeluar dari kotak..Selesai selotape aku pun terus beransur pulang..Anak² dah tak sabar nak belek² buku² yang dia orang beli..

Ini lah hasil² buku² yang aku dah unboxing setelah smpai di rumah.. Cuba korang tegok banyak kan..Berbaloi aku beli tadi macam tak percaya sebnyak ini buku² aku beli tadi..Apa tunggu lagi uollss cepat pergi sebelum tamat promo BBW..😊🤗





Jom dapatkan buku² yang menarik di
The Big Bad Box Sale
📍 Lotus’s Desa Tebrau, Johor Bahru
📅 23 March - 3 April 2022
🕙 10am - 10pm

Let us know if you're going: https://bit.ly/JohorEventPage

Post a Comment

2 Comments

  1. Meriah.. tahun ni takde mood nak ke kedai buku hahahaha adoiii..

    ReplyDelete
  2. Best. saya pun tak baca sangat buku English, kebanyakan amek buku bebudak gak. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.