Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadhan di Grand Almizan

Buffet Ramadan 2023 - Buffet Makan Besar Ramadhan di Grand Almizan | As'salam kelmarin aku berkesempatan menghadiri satu Media Ramadhan Preview di Grand Almizan berhadapan dengan mall Belletime di Danga Bay. Senang jer nak pergi buffet ramadhan di Grand Almizan sebab lokasi nya betul-betul depan jalan main road so tak ada la jem sangat bila nak ke sini. Bila sebut jer Almizan aku dah dalam kepala dah fikir satay almizan dah, mana tak nya satay nie famous & sedap..Satay Almizan nie dah banyak cawangan dibuka memang dah terbukti kesedapan & kelembutan satay keluaran almizan nie.


Sebut pasal satay aku memang hantu satay, paling aku suka satay kambing, kedua satay daging & yang ketiga baru la satay ayam. Family aku pun memang sukakannya. Setiap bulan mesti dua atau tiga kali aku pergi makan satay.



Kalau korang minat satay almizan korang juga boleh dapatkan menu satay ini di Buffet Makan Besar Ramadhan di Grand Almizan. Temanya pun dah menarik apatah lagi hidangan yang disediakan. Bila korang berkunjung ke sini korang akan tertarik dengan dekorasi stall-stall yang disediakan sangat menarik dah nampak macam pondok dah. Pemandangan diluar pun cantik diterangi lampu-lampu dan payung-payung yang berwarna-warni. 






Pelbagai menu yang pasti membuka selera korang diantaranya Nasi Kambing Kuzi, Satay Ayam & Kambing Almizan, Murtabak, Roti Jala, Otak-otak, pepes, Mee Goreng Mamak, Aneka Sup Gearbox, Urat, Babat, Lidah & Ayam. Mee Kari pun ada juga tau..



Lauk pauk untuk menu utama ada juga disediakan seperti Sambal Udang, Asam Pedas Ikan Siakap, ayam masak lemak cili api, lemak labu, sayur campur bersama ayam cincang. Semua menu ni aku dah rasa memang sedap. Kalau korang nak tahu mereka menyediakan 3 menu utama yang akan di tukar bergilir-gilir setiap hari. Korang boleh tengok list nya diatas ini..


Korang juga boleh la mencuba kerabu mangga & ulam-ulaman yang disediakan.



Kalau tak pekena lemang dengan serunding atau daging rendang tak lemgkapkan. Lemang kat sini sedap & lembut jer memang sedap la..



Utk anak-anak pasti suka dengan menu sphagetti Carbonara & Bolognese, Nugget Ayam Tempura & Kebab Ikan pun ada juga disediakan.





Tak lengkap kalau makan tak minum air atau makan pencuci mulutkan kan..kan..Kat sini mereka menyediakan minuman jus, air panas & air sejuk. 2 jenis air sejuk seperti bandung & jagung. Mana kala air jus pula ada 3 tong iaitu orange juice, Guava pink & Teh Bunga. Aneka kuih muih & dessert pun ada disediakan..






menu yang menjadi kesukaan aku kat sini ialah nasi kambing kuzi, nasi nya lembut sampai aku ulang alik amik lagi..hehe Satay tak payah cakap la memang akan menjadi kesukaan semua orang. Bila tengok kawan-kawan asyik makan sup gear box aku jadi tak boleh tahan aku terus pergi dekat stall sup gearbox, aku cuba la makan sup yang bercampur dengan lidah kerbau, babat, gear box bila dah rasa memang betul sedap sangat sup ini.

꧁•⊹٭๐™ฑ๐š„๐™ต๐™ต๐™ด๐šƒ ๐š๐™ฐ๐™ผ๐™ฐ๐™ณ๐™ท๐™ฐ๐™ฝ ๐Ÿธ๐Ÿถ๐Ÿธ๐Ÿน٭⊹•꧂
๐Ÿ“ŒGrand Almizan @ Avenue Msuite 
๐Ÿ“…24 March ~ 20 April 2023
⏰️6.30pm ~ 9.30pm

๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ…”๐Ÿ…๐Ÿ…ก๐Ÿ…›๐Ÿ…จ ๐Ÿ…‘๐Ÿ…˜๐Ÿ…ก๐Ÿ…“ ๐Ÿ…Ÿ๐Ÿ…ก๐Ÿ…ž๐Ÿ…œ๐Ÿ…ž
๐Ÿ’ฐRM88 (sebelum 13 March 2023)

๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃBUY 15 FREE 1
๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃHalf price utk badan² NGO yg nak meraikan sekumpulan anak² yatim disini. (Sah sehingga utk dua minggu yang pertama sahaja)

๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…พ๐Ÿ†๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ป ๐Ÿ…ฟ๐Ÿ†๐Ÿ…ธ๐Ÿ…ฒ๐Ÿ…ด
๐Ÿ’ฐRM108 Adult
๐Ÿ’ฐRM58 Senior citizen (>60 thn) / Children (6~12thn)

Utk tempahan hubungi
☎️ +6019-7900 471 (mira)
☎️ +6019-4900 471 (awa)

๐Ÿ•ŒRuang solat disediakan











Post a Comment

0 Comments