Ticker

6/recent/ticker-posts

BUFFET RAMADHAN 2023 - DARI DAPUR SELASIH DI PERSADA JOHOR

BUFFET RAMADHAN 2023 - DARI DAPUR SELASIH DI PERSADA JOHOR | As'salam & hye semua..Hari nie aku nak share kan dengan korang satu ramadhan buffet yang korang nanti-nantikan iaitu Restoran Selasih yang bertempat di Persada Johor.. Tahun ini ia membawakan menu buffet yang bertemakan Dari Dapur Selasih dengan mempersembahkan masakan asli Johor. Bukan calang-calang tau restoran ini sebelum ini ia banyak menyediakan pelbagai jenis makanan untuk majlis korporat & event besar so mesti lah chef-chef berpengalaman sedap2 masak di restoran selasih ini..
 

Restoran Selasih di Persada Johor, terkenal dengan menawarkan pelbagai masakan asli Johor yang lazat & semestinya sedap, ia kembali dengan buffet Dari Dapur Selasih pada bulan  Ramadan yang hampir tiba.. So korang jangan lepaskan peluang mencuba buffet ramadhan untuk tahun 2023 ini di Persada Johor ini tau..😊🤗
 

Ada pelbagai menu yang korang nanti-nanti kan kerana ia menyajikan menu gabungan masakan antarabangsa seperti Laksa Johor, Asam Pedas, Kambing Kuzie dan Kambing Panggang pasti akan menggiurkan pengunjung yang berkunjung ke sini..


Buffet ini berharga RM88nett untuk dewasa dan RM50 bersih untuk warga emas dan kanak-kanak berumur antara 7-12 tahun. Bagaimanapun, dari 2 hingga 22 Mac, pengunjung boleh menikmati buffet pada harga Early Bird RM77nett untuk dewasa dan RM38 untuk warga emas dan kanak-kanak berumur antara 7-12 tahun dan ke atas. Aku rasa sangat berbaloi dengan harga bawah seratus korang boleh menikmati makanan sedap-sedap disini.


Kalau korang nak tahu, disini untuk setiap pembelian voucher makan yang korang beli RM2.00 akan disumbangkan kepada pusat Tahfiz terpilih. Sambil makan korang dapat lah menderma, bertambah lah amal ibadah kita di bulan yang mulia ini, syukur alhamdulillah..
 
Korang juga boleh membuat tempahan makanan bawa pulang ramadan khas pra-tempahan pada harga RM25+ sahaja seorang..Boleh la korang berbuka dengan mudah tanpa terkejar², balik keje jer makanan dah ready tinggal makan sahaja..Tak perlu kelam kabut menyediakan makanan untuk berbuka, dengan hanya RM25+ seorang (minimum 2pax), korang akan mendapat hidangan lengkap termasuk nasi putih wangi, sup, ikan, ayam, telur, sayur, otak-otak, kurma, minuman dan kuih muih. Semua lauk ada, berbaloi jugak kalau nak bungkus untuk makan dengan family atau dengan kawan².
 
Kotak Bawa Pulang tersedia untuk prapesanan dua hari lebih awal. Korang boleh juga hubungi contact no yang sama untuk pesanan take away ini.


Ada lagi tawaran istimewa disini untuk korang yang mencari Pakej Iftar Korporat hanya RM75++ seorang. So berbaloi la kalau korang yang nak buat makan-makan dengan rakan sekerja di buffet ramadhan Selasih Persada ini. Pelbagai majlis perjumpaan keluarga atau majlis berbuka puasa korporat, Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor adalah lokasi yang sangat sesuai untuk menganjurkan majlis anda sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. 



꧁•⊹٭𝙱𝚄𝙵𝙵𝙴𝚃 𝚁𝙰𝙼𝙰𝙳𝙷𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟹٭⊹•꧂
📌SELASIH PERSADA JOHOR 
📅24 March ~ 20 April 2023
⏰️6.30pm ~ 11pm

📣📣🅔🅐🅡🅛🅨 🅑🅘🅡🅓 🅟🅡🅞🅜🅞
(sebelum 22 March 2023)
💰RM77 Adult
💰RM38 Senior citizen (>60 thn)
💰RM38 Children (7~12thn)

🅽🅾🆁🅼🅰🅻 🅿🆁🅸🅲🅴
💰RM88 Adult
💰RM50 Senior citizen (>60 thn) 
💰RM50 Children (7~12thn)

Utk tempahan hubungi
☎️ +607-219 8789 

🕌Ruang solat disediakan

Post a Comment

0 Comments